28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Andika Putera Tak Pernah Malu Dengan Fizikal Anak – ‘Saya Bangga Dengan Apa Sahaja Yang Allah Berikan’

    Shopee Sale



    Pempengaruh Andika Putera sama sekali tidak pernah berasa malu dengan keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri meskipun kanak-kanak itu mempunyai kekurangan dari segi fizikal.

    ‘Terpaling tahu’

    " data-video-id="7499069232320089351" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @andikaputeraa2

    Replying to @Cili pedals jangan terpaling tahu??

    ? original sound – ANDIKA PUTERA – ANDIKA PUTERA

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andika mendedahkan komen negatif yang dilemparkan mengenai cahaya matanya itu.

    Tidak berdiam diri, Andika kemudian menegaskan bahawa dia sangat bersyukur dan berbangga dengan kehadiran Alisha.

    Saya pun pernah beritahu bekas isteri saya, kita tak perlu malu, dedahkan dan bangga dengan apa sahaja yang Allah berikan kepada kita.

    Saya banyak kongsikan journey Alisha dan Alhamdulillah ramai ibu bapa yang DM (direct message), malah mereka lebih semangat selepas tengok konten saya.

    Jadi, jangan pernah menilai hati saya kerana Allah sahaja yang tahu.

    Alhamdulillah, saya bertanggungjawab terhadap anak saya dan bergilir-gilir menjaga dia dengan bekas isteri.

    Komen netizen

     

    View this post on Instagram

    A post shared by MENTOR•PAKAR PERSONAL BRANDING (@andikaputeraa)

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Andika sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.

    Dia memang bangga dengan anak dia, aku follow sejak lahir lagi. Dia turunkan ego berbaik dengan bekas isteri untuk bahagiakan anak.

    Kalau bab ni bagi saya Andika sikit pun tak malu, betul la dia cakap dia bangga dengan anak dia. Kalau dia rasa malu dia takkan post.

    Saya sangat hormati cara dia dan bekas isteri jaga anak, tengok Alisya gembira je dapat kasih sayang.

    Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina.

    MENARIK:  Kakak Jasmin Sopeah Tempelak Bekas Adik Ipar? – ‘Jadi Lelaki Bukan Sperm Je Kualiti Tapi Maruah, Tanggungjawab Pun Kena Berkualiti’

    Difahamkan, Andika dan bekas isteri, Ananda Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember 2023.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah