30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Content Creator’ Wanita Jadi Mangsa R*gol Dua Lelaki Menyamar Tukang Paip

    Shopee Sale

    Seorang pencipta kandungan wanita dipercayai menjadi mangsa rogol oleh dua lelaki muda yang menyamar sebagai tukang baiki saluran air di biliknya.

    Artikel Berkaitan: Wanita Dipenjara Selepas P*tong & T*tak Kemaluan Suami 50 Kali Akibat Curang

    Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Bonus Dikurangkan, Pekerja Bunuh Bos Dengan Tikaman Lebih 10 Kali 

    Telah dirancang awal

    Menurut laporan Detik Sumut, kejadian itu dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu di Desa Tanjung Mas Rejo, Kecamatan Mesuji Timur, apabila dua suspek hadir ke rumah sewa mangsa kononnya untuk membaiki paip rosak.

    Menurut Ketua Polis Daerah, AKBP Muhammad Firdaus, berkata, perbuatan itu dipercayai dirancang lebih awal, dan salah seorang suspek pernah bekerja di lokasi berkenaan.

    Mereka telah merancang perbuatan rogol tersebut dengan berdalih mahu membaiki saluran air di bilik mangsa.

    Rupa-rupanya, salah seorang pelaku pernah bekerja di situ.

    Berdasarkan keterangan mangsa, dia membenarkan suspek masuk selepas diberitahu mereka dihantar oleh pemilik rumah sewa bagi tujuan pemeriksaan.

    Sebaik masuk ke dalam bilik, salah seorang pelaku terus mengunci pintu sebelum mereka bertindak ganas.

    Mangsa didakwa dicekik, mulutnya disumbat dengan pakaian dan tangannya dipegang bagi menghalang daripada melawan atau menjerit.

    Mereka terus memperkosa mangsa, ada yang memegang tangan, mencekik, serta menyumpal mulut mangsa dengan baju.

    Mereka juga mengugut mangsa supaya tidak menjerit.

    Suspek melarikan diri

    Dalam keadaan terdesak, mangsa berpura-pura pengsan sehingga suspek menyangka dia telah meninggal dunia. Kedua-duanya kemudian membawa mangsa keluar dengan niat untuk membuangnya.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Aziz ‘Terjerat’, Makan Nasi Kangkang Dayang Areeda?

    Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, mangsa mengambil peluang melompat dan menjerit meminta pertolongan selepas terlihat seorang penduduk di kawasan berhampiran.

    Semasa dalam perjalanan, mangsa menyedari ada orang menyeberang dan akhirnya memutuskan untuk melompat serta menjerit minta tolong.

    Disebabkan itu, pelaku yang sebelum ini telah mengambil telefon bimbit mangsa melarikan diri dengan membawa motosikal mangsa.

    Suspek yang panik melarikan diri dengan menaiki motosikal milik mangsa serta membawa telefon bimbitnya.

    Sehubungan itu, mangsa telah membuat laporan polis pada Ahad lalu dan hasil siasatan membawa kepada penahanan dua suspek tersebut.

    Dalam pada itu, kedua-dua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mesuji dan didakwa di bawah Seksyen 479(1) serta Seksyen 473(1) Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023.

    Sumber: Detik Sumut

    The post ‘Content Creator’ Wanita Jadi Mangsa R*gol Dua Lelaki Menyamar Tukang Paip first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah