31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik B Terharu Peminat Cilik Datang ‘Event’ Setiap Hari, Ibu Kanak-Kanak Luah Rasa Sebak – ‘Mengalir Air Mata Bila Anak Dihargai’

    Shopee Sale

    Hantaran personaliti media sosial, Cik B mengenai seorang kanak-kanak yang mengunjungi ke festival makanan anjurannya telah mendapat perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Terima Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat’ – Vida

    MENARIK:  Abby Abadi Sayang Anak-Anak Sama Rata – ‘Tak Nak Dipersoal Kenapa Lebihkan Anak Itu, Dibiarkan Anak Ini’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] DSV & Leona Mesra Menari, Kapsyen Cik B Raih Sebak – ‘Di Kehidupan Lain, Saya Akan Jadi Anak Perempuan Yang Mama Impikan’

    Peminat cilik

    " data-video-id="7591664872530726165" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @cikb_havoc

    Cikb terharu terima kasih orang perak support #perak #cikb #cikbvaganzafoodfest #fyp

    ♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

    Menerusi hantaran di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin terharu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang mengunjungi ke Cik B Vaganza Food Fest 2026 yang berlangsung di Batu Gajah, Perak itu setiap hari.

    Adik ini hari-hari datang event saya. Saya nampak mak dia tengah sebak, saya pun tanya dia sama ada okay atau pun tidak.

    Anak dia nak datang hari-hari jumpa saya. Dia terharu, saya layan baik anaknya. Walaupun saya rasa itu perkara biasa, tapi bermakna bagi seseorang.

    Saya terharu dapat bahagiakan seseorang tanpa sedar.

    Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak tersebut juga menghargai cara Cik B menyantuni anaknya dengan ikhlas.

    Terima kasih Cik B melayan, menyantuni anak saya dengan setulus hati itu.

    Sebenarnya, yang buat saya rasa sebak dan terharu adalah bila anak saya tanya Cik B, hari lahir nanti nak hadiah apa?

    Cik B cuma minta biskut yang anak saya kena buat sendiri, dan dia cakap dia akan rindu anak saya.

    Cik B kemudian membalas komen ibu kanak-kanak tersebut dengan memaklumkan bahawa dia ingin memberi hadiah kepada anaknya.

    Saya nak hantar plushie dekat Safiyya, lupa nak bagi semalam.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan keperibadian anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu.

    Dalam masa sama, mereka juga menyifatkan Cik B sebagai seorang yang merendah diri meskipun dilimpahi dengan kemewahan.

    Sumber: TikTok Cik B

    The post Cik B Terharu Peminat Cilik Datang ‘Event’ Setiap Hari, Ibu Kanak-Kanak Luah Rasa Sebak – ‘Mengalir Air Mata Bila Anak Dihargai’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah