26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Chloe Lim Sedia Julang Nama Malaysia Di Pentas Miss Universe 2025, Pegang Moto Hidup ‘I Know I Can’

    Shopee Sale

    Miss Universe Malaysia 2025, Chloe Lim kini giat melakukan pelbagai persiapan menjelang pertandingan Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung pada 21 November depan di Thailand.

    Artikel Berkaitan: Chloe Lim Miss Universe 2025 Bakal Peragakan Kostum Tradisi Bajau Samah Di Thailand

    Persediaan mental & fizikal

    Bakal mewakili negara di pentas berprestij itu, Chloe, 27, mengakui tempoh persediaan yang panjang bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal tetapi juga ketahanan mental untuk berhadapan dengan cabaran di peringkat dunia.

    Saya telah membuat banyak persiapan sejak hari pertama hingga kini. Pertandingan Miss Universe memerlukan latihan catwalk, gaya pakaian, solekan dan dandanan rambut yang perlu dilakukan sendiri.

    Selain itu, saya juga berlatih untuk sesi soal jawab, teknik bergambar, serta membiasakan diri di hadapan kamera.

    Persediaan mental juga amat penting kerana saya akan berada di Thailand selama tiga minggu bersama peserta dari seluruh dunia. Jadi saya perlu menjadi kuat dan menampilkan versi terbaik diri saya di pentas dunia.

    Mengulas lanjut, Chloe berkata dia paling menantikan segmen gaun malam atau ‘evening gown’ di mana busana yang bakal digayakannya akan memperlihatkan elemen kreatif Malaysia.

    Saya paling teruja untuk segmen pakaian malam kerana saya suka gaya elegan dan ingin menonjolkan kreativiti Malaysia melalui busana tersebut.

    Dalam pada itu, Chloe mengakui peluang mewakili Malaysia merupakan impian yang tidak pernah disangka akan menjadi kenyataan.

    Saya amat berbangga dapat membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa. Ia peluang sekali seumur hidup dan saya sangat bersyukur atas segala sokongan serta latihan yang diberikan.

    Walaupun ini kali pertama saya bertanding di peringkat antarabangsa dan agak gementar, saya berazam untuk memberikan yang terbaik.

    Sejujurnya, saya jarang tidur, hanya sekitar empat hingga lima jam sehari kerana jadual saya padat dengan pelbagai acara termasuk menjadi hos dan menghadiri persidangan seperti ASEAN Youth Entrepreneurship Carnival.

    Tapi saya percaya seorang Miss Malaysia mesti lebih daripada sekadar figura kecantikan. Dia perlu berpendidikan, bijak berbicara dan mampu membincangkan isu masyarakat dengan penuh martabat.

    Ceburi lakonan

    Selepas berakhirnya pertandingan di Thailand nanti, Chloe yang berpegang dengan moto hidup ‘I know I Can’ merancang untuk menyeimbangkan minatnya dalam dunia perniagaan dan kreatif.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Azlan Komeng Kongsi Imbasan Ultrasound, Netizen Teka Nur Nilam Sedang Hamil?

    Tidak hanya itu, Chloe turut menyimpan impian untuk mencuba bidang lakonan, terutama membawakan watak wanita berinspirasi dan berjiwa kuat.

    Saya terbuka untuk mencuba lakonan. Saya lebih tertarik kepada watak wanita yang memberi inspirasi kepada orang muda supaya berani mengejar impian dan bangkit menghadapi cabaran.

    Menariknya, sokongan terbesar datang daripada bapanya sendiri yang sebelum ini agak ragu dengan keputusan Chloe menceburi dunia kreatif.

    Selepas saya menang Miss Malaysia, ayah berkata, ‘Kamu buktikan saya silap.’ Kata-kata itu sangat menyentuh hati saya. Kini dia antara penyokong paling kuat saya.

    Sementara itu, Beyond the Crown ialah inisiatif kerjasama antara Zetrix dan Miss Universe yang memperkenalkan platform berasaskan blok rantai untuk undian peminat global dan perkongsian kisah peserta secara telus dan interaktif.

    Melalui aplikasi khas ini, peminat di seluruh dunia boleh mengundi peserta kegemaran mereka sambil mengenali perjuangan sosial dan peribadi yang dibawa oleh setiap wakil negara.

    Inisiatif ini menonjolkan nilai tujuan, pemerkasaan dan impak positif melebihi sekadar mahkota kemenangan, serta membina komuniti digital yang lebih rapat antara peminat dan peserta.

    Peserta dengan undian tertinggi bakal menerima habuan RM211,332 (USD50,000) bagi menyokong kerja advokasi mereka.

    Kerjasama ini menandakan langkah strategik Zetrix AI Berhad (dahulunya MY E.G. Services) dalam memperkukuh teknologi blockchain dan kecerdasan buatan di pentas global menerusi pertandingan ratu cantik berprestij di dunia.

    The post Chloe Lim Sedia Julang Nama Malaysia Di Pentas Miss Universe 2025, Pegang Moto Hidup ‘I Know I Can’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah