26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Che Ta Dipilih Sebagai Pengacara Program Bukan Satu Gimik – ‘Semua Manusia Melakukan Kesilapan’

    Shopee Sale



    Penglibatan pelakon Rozita Che Wan sebagai pengacara menerusi program ‘Cuit-Cuit Che Ta’ yang bakal ditayangkan di RTM sempena Ramadan bukanlah satu gimik.

    Tunjuk contoh yang baik

    che ta program

    Ketika ditemui , Datuk Suhaimi Sulaiman iaitu Ketua Pengarah Penyiaran (RTMM) berkata, pihaknya tidak mendiskriminasi pelakon berkontroversi sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk kekal di layar televisyen.

    Setiap selebriti yang kami pilih adalah mereka yang bertanggungjawab dan tidak bermasalah.

    Kalau pun mereka bermasalah, tak ada isu.. Kalau mereka dapat atasi masalah itu kemudian menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

    Suhaimi berkata demikian selepas sidang media Puasa! Raya! RTM 2025 di Angkasapuri, pada Khamis.

    Manusia tak lari buat silap

    Datuk Suhaimi Sulaiman

    Dalam pada itu, Suhaimi akui bahawa setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, namun bagaimana seseorang itu berusaha dalam memperbaiki diri adalah yang utama.

    Kita semua melakukan kesilapan. Tapi masyarakat akan terima kalau kita perbaiki kesilapan kita.

    Ada masanya kita tersilap langkah. Tapi, kita perlu bantu membantu untuk menjadi lebih baik.

    Dalam pada itu, Suhaimi menafikan bahawa pemilihan artis kontroversi oleh stesen televisyen RTM adalah satu gimik.

    MENARIK:  Artis Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual, Peminat Titip Kata Semangat 

    Sebaliknya, menegaskan bahawa RTM tidak akan sesekali mengambil kesempatan dengan memilih artis-artis sensasi bagi menarik penonton.

    Gimik itu berdosa, itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan akan memakan diri.

    Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta bakal tampil menerusi program ‘Cuit-Cuit Che Ta’ yang ditayangkan di saluran Okey setiap hari bermula 6 Mac, pada pukul 6 petang.

    Pada 10 Disember lalu, kediaman mewah milik Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

    Difahamkan, pinjaman berjumlah RM960,000 itu dibuat pada tahun 2017 oleh syarikat pelakon tersebut, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya iaitu Ammar Effendy sebagai penjamin.

    Acara lelongan awam yang sepatutnya berlangsung pada 24 Disember lalu membabitkan 34 barangan milik Rozita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46 sepatutnya diadakan, namun ditangguh atas permohonan pelakon itu.

    Pada 29 Disember, pengarah Mara iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan aktres itu sudah membayar sebanyak RM550,000.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah