Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari bakal mengubat rindu para peminatnya di Malaysia dengan mengadakan konsert BCL: External Love – Timeless Romance di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 27 September ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lima Tahun Telah Berlalu, Namun Pedihnya Ketiadaanmu Masih Ada’ – Bunga Citra Lestari
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kedua-Dua Lelaki Ini Sentiasa Memastikan Saya Adalah Wanita Paling Bahagia’ – BCL
Penuh rasa cinta
View this post on Instagram
Kembali ke negara ini dengan penuh bertenaga, Bunga optimis mahu memberikan sepenuh dayanya bagi menjayakan konsert tersebut.
Konsert ini merupakan penceritaan peribadi saya kerana saya sering berkongsi tentang kehidupan.
Jadi, ianya bukan sekadar hiburan tetapi penceritaan yang penuh makna dan dekat dengan peminat di Malaysia.
Saya akan mempersembahkannya menerusi lagu-lagu di dalam konsert yang bakal berlangsung ini.
Menurut Bunga, antara lagu yang bakal dibawa adalah Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, dan 12 Tahun Terindah.
Tidak hanya itu, BCL juga membuat kejutan apabila mengumumkan penyanyi, Jaclyn Victor dan Dennis Lau iaitu seorang pemain violin profesional sebagai undangan yang turut membuat persembahan pada malam konsert.
Dapatkan tiket

Dibawakan oleh Pulse Project Asia, BCL: Eternal Love – Timeless Romance akan memberi pengalaman baharu bagi peminat menonton persembahan terkini penyandang gelaran penghibur, aktres, juri profesional dan penggila seni yang digemari Nusantara.
Pulse Project Asia dengan penuh rasa cinta membawa BCL: Eternal Love -Timeless Romance pada 27 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebagai hadiah untuk peminat penyanyi hebat ini menikmati konsert dalam suasana berbeza daripada penganjuran konsert-konsert BCL sebelum ini.
Untuk info, beberapa tempat duduk terpilih akan dibuka pada harga istimewa, Early Bird. Bagi harga pre sale pula dibuka pada RM259.
Jangan lepaskan peluang untuk membuat pembelian tiket pada hari pelancaran iaitu 06.06.2025 (jam 3 petang) boleh menikmati diskaun 10% sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia.
Hanya 300 pembeli tiket terawal konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance berpeluang menikmati Pas Soundcheck Eksklusif menyaksikan sesi latihan BCL secara langsung, di depan mata, sebelum konsert bermula.
Lebih istimewa, pemegang tiket pakej Cinta Abadi (kategori eksklusif menggantikan VVIP) akan diberi layanan penuh istimewa: sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL, sesi bergambar kenangan, serta barangan eksklusif yang didaftarkan sendiri oleh BCL hanya untuk anda yang setia menyokong.
Untuk pembelian tiket dengan beberapa kategori bermula RM288 (harga normal) boleh dibuat secara atas talian melalui Ticket2u, platform rasmi penjualan tiket bagi acara ini.
The post Bunga Citra Lestari Bawa Rasa Cinta Abadi Dalam Konsert ‘BCL: External Love – Timeless Romance’ September Ini first appeared on OHBULAN!.





