26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Terima Duit Raya, Ustaz Wadi Annuar Kongsi 9 Adab Yang Perlu Ditekankan Kepada Anak

    Shopee Sale

    Duit raya merupakan satu tradisi yang cukup sinonim dengan sambutan Aidilfitri dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

    Amalan ini biasanya melibatkan pemberian sejumlah wang oleh golongan dewasa kepada kanak-kanak, ahli keluarga atau mereka yang belum berpendapatan tetap, sebagai tanda berkongsi kegembiraan dan bersedekah.

    Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tegur Pembeli Mercun, Titip Pesanan Utamakan Yang Lebih Penting – ‘Berhibur Tidak Salah, Cuma…’

    Artikel Berkaitan: ‘Baguslah Makin Kurang Yang Terikut Trend Joget Raya, Ibu Bapa Perlu Tegur Anak Jaga Adab’ – Ustaz Wadi Annuar

    Adab duit raya

    View on Threads

    Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menerusi hantaran di Threads berkongsi sembilan adab menerima duit raya yang perlu diikuti oleh anak-anak dan ibu bapa.

    Menurut Ustaz Wadi, ibu bapa perlu mendidik anak-anak agar menghindari sikap meminta-minta. Namun, jika menerima pemberian tersebut, mereka hendaklah mengucapkan terima kasih serta bersalaman dengan individu yang memberi.

    Didik anak supaya tidak meminta-minta atau ‘mengemis’ duit raya.

    Jika diberi, ucapkan terima kasih dan doakan kepada pemberi seperti: “Terima kasih pak cik, semoga Allah murahkan rezeki.”

    Berjabat tangan, cium tangan (jika sesuai) dan terima dengan tangan kanan.

    Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka supaya sentiasa menghargai pemberian duit raya tanpa mengira nilai yang diterima.

    Jangan buka sampul di depan pemberi.

    Terima seadanya, jangan mempertikaikan jumlah.

    Jangan bandingkan dengan orang lain. 

    Jika tidak diberi, diam dan jaga adab.

    Dalam masa yang sama, Ustaz Wadi berkata, pengurusan duit tersebut mestilah dilakukan dengan amanah dan lebih baik sebahagiannya disimpan untuk masa depan anak.

    Simpan dan urus dengan baik, bukan habiskan sekaligus.

    Ibu bapa jangan ambil duit anak tanpa izin, itu amanah anak.

    Sabda Nabi SAW: “Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah.” (HR Ahmad & al-Tirmizi).

    Sumber: Threads

    MENARIK:  FDAM Harap Dapat Lahirkan Bakat Yang Mampu Harumkan Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

    The post Bukan Sekadar Terima Duit Raya, Ustaz Wadi Annuar Kongsi 9 Adab Yang Perlu Ditekankan Kepada Anak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah