Ikon pop dunia, BTS, secara rasminya mengumumkan konsert jelajah dunia bagi tahun 2026 dan 2027.
BTS singgah Kuala Lumpur

Berita gembira ini muncul hanya beberapa minggu selepas BigHit Music mengesahkan bahawa BTS akan membuat ‘comeback’ secara rasmi dalam industri muzik pada 20 Mac akan datang.
Tempoh rehat selam empat tahun sejak 2022 adalah bagi memberi laluan kepada kesemua tujuh ahli RM, Jin, Suga, j-hope, Jimin, V, dan Jung Kook untuk menyelesaikan khidmat tentera mandatori di Korea Selatan.
Jelajah ini bakal melibatkan 79 persembahan di 34 buah bandar merentasi lima benua.
Siri konsert ini akan bermula secara rasmi pada April 2026 dengan persembahan pembukaan di Stadium Goyang, Korea Selatan dan Tokyo Dome, Jepun, sebelum mereka menjelajah ke seluruh pelosok dunia.
Lebih mengujakan, Kuala Lumpur tersenarai sebagai salah satu destinasi utama dalam siri jelajah ini.
Persembahan mereka dijadualkan berlangsung selama dua malam berturut-turut pada 12 dan 13 Disember 2026 di Kuala Lumpur, di mana butiran mengenai lokasi stadium rasmi bakal diumumkan dalam masa terdekat
Selain Malaysia, BTS juga akan singgah ke bandar-bandar utama Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Jakarta, Bangkok, dan Manila.
Bukan itu sahaja, BTS dikatakan akan memperkenalkan reka bentuk pentas 360-darjah ‘in-the-round’ di mana reka bentuk ini meletakkan peminat di sekeliling pentas, memberikan sudut pandangan yang lebih dekat dan suasana yang lebih intim.
Bukan itu sahaja, rekaan ini juga membolehkan kapasiti penonton di setiap stadium ditingkatkan, memberi peluang lebih besar kepada ARMY untuk mendapatkan tempat duduk.
The post BTS Sah Ke Kuala Lumpur 12 & 13 Disember Ini, Jelajah Dunia 2026-2027 Kini Bermula! first appeared on OHBULAN!.





