Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama aktres, Nadia Brian.
Kongsi foto romantis?

Menerusi hantaran di Instagram, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned dan Nadia berada di sebuah restoran.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen romantik pada foto tersebut.
Ada sebahagian hati saya yang tertinggal di sini.
Sementara itu, Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi turut berkongsi foto bersama Nedim dan anak hasil perkahwinan dengan Nora iatu Mohamed Neyqal Nedim atau lebih mesra disapa NeyNey.
Bukan itu sahaja, tindakan Nora yang turut memberi tanda suka (like) pada foto berkenaan mencuri perhatian ramai.
Rata-rata netizen mula berseloroh menyifatkan tindakan tersebut sebagai isyarat ‘restu’ daripada aktres itu terhadap hubungan bekas suaminya dengan Nadia.
Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya apakah status hubungan mereka berdua selain turut mendoakan kebahagian Nedim dan Nadia sekiranya benar mereka kini di fasa bahagia.
Namun, setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai status sebenar hubungan mereka.
Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl.
Bagaimanapun, selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin
Sumber: Instagram Nedim Nazri, Threads
The post Boss Ned Kongsi Foto Bersama Nadia Brian Dengan Kapsyen Romantis, Nora Danish ‘Like’ Tanda Approved? first appeared on OHBULAN!.





