Ramai yang menganggap selagi niat untuk berkongsi rezeki menggunakan daging korban adalah dibolehkan namun terdapat beberapa garis panduan supaya pelaksanaannya tidak tersasar daripada syariat.
Artikel Berkaitan: Boleh Ke Simpan Daging Korban Lebih Tiga Hari? Ini Jawapan Mufti
Artikel Berkaitan: Rahsia Rebus Daging Korban Cepat Empuk, Ini Teknik Mudah & Berkesan
Daging korban

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, perkara yang paling dinanti-nantikan adalah ibadah korban selain aktiviti memasak dan kenduri bersama keluarga serta penduduk kampung.
Bagaimanapun, timbul juga persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai hukum menggunakan daging korban buat majlis kenduri.
Memetik Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggunakan daging korban untuk majlis adalah harus.
Hukumnya harus, namun mestilah diperuntukkan sebahagian daging korban dengan cara disedekahkan dalam keadaan mentah kepada golongan fakir miskin.
Baki selebihnya boleh digunakan untuk masakan majlis kenduri dan dihidangkan kepada orang ramai.
Difahamkan, perkara yang paling afdal adalah dengan bersedekah keseluruhan daging korban kepada golongan yang memerlukan, kecuali sedikit untuk dimakan sebagai mengambil keberkatan serta menghidupkan sunnah Nabi.
Penggunaan daging korban untuk dibuat kenduri adalah dibolehkan selagi mematuhi syarat dan tujuan sebenar ibadah korban yang ditetapkan dalam Islam.
Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha, ibadah korban bukan sekadar tentang penyembelihan semata-mata, tetapi juga lambang keikhlasan, pengorbanan dan semangat berkongsi rezeki sesama masyarakat.
Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
The post Boleh Ke Guna Daging Korban Untuk Majlis Kenduri? Mufti Jelaskan Hukumnya first appeared on OHBULAN!.





