26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cermin Kereta Pecah Didakwa Angkara Hutang, Faye Kusairi Bidas Netizen – ‘Aku Ni Jenis Lambat Lagi Nak Buat Onar’

    Shopee Sale



    Pelakon, Faye Kusairi berkongsi berita sedih mengenai kenderaannya yang mengalami kerosakan teruk di bahagian cermin menerusi Instagram (IG).

    Balkoni jatuh kena kereta

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by FAYE KUSAIRI | NASI AYAM BUKIT ANTARABANGSA (@fayekusairi)

    Menerusi hantaran tersebut, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan kerosakan itu berpunca selepas balkoni kondominium kediamannya roboh lalu menghempap bahagian cermin keretanya.

    Ujar pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu, dia sangat sedih dengan kejadian itu memandangkan hanya beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

    Dalam pukul 4 petang (Rabu), salah satu bumbung balkoni dari tingkat 3 bangunan kondo kami roboh (besar kemungkinan kayu bumbung tu reput atau sudah lama).

    Jadi, kesemua batu konkrit yang berat serta kayu jatuh ke atas kereta saya dan jiran.

    Saya sedih lah, bila dah dekat raya, perlu pakai duit yang banyak, kita ini pula nak shooting lambat lagi nak masuk set baru.

    Berniaga pun sendu bula Ramadan ini, nak balik kampung nak berjalan, semua. Sedihlah, tapi raya reda.

    Ada yang sangka sebab hutang?

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by FAYE KUSAIRI | NASI AYAM BUKIT ANTARABANGSA (@fayekusairi)

    Menerusi hantaran yang sama, Faye turut meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang mendakwa kerosakan tersebut berlaku disebabkan dirinya berhutang.

    Banyak jugalah komen berbaur fitnah di hantaran sebelum ini.

    Ada yang siap salahkan saya sebab tulis kapsyen sekerat, padahal hanya nak meluahkan rasa kecewa saja.

    Jadi, setelah dah urus segala urusan berkaitan, saya tulis lah kapsyen panjang tentang apa yang dah jadi.

    Yang mana kata hutang ah long ke orang khianat ke apa-apa negatif tu, sudah-sudahlah.

    Saya ini manusia yang jenis lambat lagi nak kacau orang ke, buat onar ke buat jahat ke.

    Di akhir perkongsian, pelakon berusia 38 tahun ini berharap orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudah.

    MENARIK:  TikTok Shop Ramadan Super Brand Day: Diskaun Sehingga 50%, Free Shipping & Ganjaran Telur Emas!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah