33.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bincang: Apakah Sumbangan Mahram Mengizinkan Pemusnahan Anak?

    Shopee Sale



    Gambar sekadar hiasan

    Topik tentang anak hasil daripada perhubungan sumbang mahram telah mendapat perhatian selepas ramai yang menonton drama .

    Penjelasan tentang anak sumbang mahram

    kamilin

    Penceramah bebas, Dr Kamilin Jamilin menerusi video yang dimuat naik di TikTok menjelaskan tentang hukum sama ada kandungan tersebut boleh atau tidak digugurkan.

    Majoriti ulamak kata, kalaulah kandungan itu belum cecah empat bulan atau 120 hari harus digugurkan kalau ada asbab yang munasabah dan tak memudaratkan ibu.

    Tapi kalau sudah empat bulan atau lebih, haram untuk digugurkan sebab janin itu telah dikira bernyawa.

    Melainkan kalau asbab yang betul-betul terdesak, contohnya sampai boleh membahayakan atau memudaratkan nyawa si ibu.

    Namun menurut Dr Kamilin, jika anak tersebut dilahirkan, kanak-kanak itu tidak boleh dinasab.

    Tapi ingat anak hasil daripada sumbang mahram tidak dinasab atau dibin atau dibinti kepada si ayah yang menyebabkan kelahirannya.

    Bagaimanapun, lain pula bagi situasi yang terjadi seperti di dalam drama tersebut, di mana anak berkenaan boleh dinasab tetapi ibu dan bapanya perlu berpisah.

    Cuma dalam kes terkahwin dengan mahram secara tak sengaja, anak yang lahir tidaklah dianggap anak tak sah taraf tapi dalam kategori anak hasil daripada persetubuhan yang diragui atau persetubuhan syubahah.

    Tak sama macam anak zina atau anak tak sah taraf, sebab anak itu masih boleh dibin atau dibintikan kepada ayahnya. Sama macam anak sah taraf, cuma perkahwinan ibu dan ayah kena dibubarkan kerana pernikahan mereka tidak sah.

    Dalam pada itu, Dr Kamilin sempat menitipkan nasihat agar setiap individu tidak terjebak dengan perbuatan maksiat dan membunuh anak yang tidak berdosa.

    Sumbang mahram sendiri adalah jenayah yang sangat berat, jangan pula tambah jenayah yang lagi berat dosanya iaitu membunuh nyawa dalam kandungan yang tidak bersalah.

    MENARIK:  Faiz Aizif Sumbang RM25,000 Kepada Tabung Gaza – ‘Tidak Kutip Duit Sesiapa, Hasil Berniaga’
    " data-video-id="7359509882216746256" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @drkamilinjamilin

    SUMBANG MAHRAM, Boleh Ke Gugurkan Anak Dalam Kandungan? #LelakiItu #TV3Malaysia #IsuSemasa

    ? original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah