Anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim didakwa telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menjatuhkan maruahnya menerusi kecaman yang disebarkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Bersifat Terlalu Lembut, Kecewa Dengan Norman Hakim – ‘Sebut Nanti Kata Buka Aib’
Buat laporan

Menerusi perkongsian di Instagram, Marissa memuat naik tangkap layar yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya di platform TikTok.
Dalam hantaran itu, individu tersebut secara terbuka menyebarkan kebencian terhadap Marissa dengan memalukan dirinya.
Marissa juga berkongsi tangkap layar didakwa surat saman yang telah dikeluarkan daripada pihaknya kepada individu terbabit.
Bila dah sampai masa, tiada siapa yang akan tolong awak.
Supporter awak pun tidak akan beri pertolongan.
Sebelum ini, individu tersebut memuat naik di TikTok Story menyatakan ulasannya berkaitan Marissa yang dikatakan berbadan dua oleh pengikutnya.
Individu tersebut berkongsi gambar terbaharu Marissa dan menafikan pempengaruh itu berbadan dua.
Sengetkan badan pun peminat kata mengandung. Delusional sangat.
Tidak terhenti di situ, perkongsian individu itu juga turut menarik perhatian penyokongnya yang rata-ratanya juga berkongsi pendapat tentang kehamilan Marissa.
Sumber: Instagram
The post ‘Bila Dah Sampai Masa, Tiada Siapa Akan Tolong Awak’ – Marissa Dania Ambil Tindakan Undang-Undang? first appeared on OHBULAN!.





