31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Biar Mulut Senget Tapi Sentiasa Berzikir’ – Ina Naim ‘Sekolahkan’ Netizen

    Shopee Sale

    Penyanyi Ina Naim, membidas kecaman seorang warganet yang meninggalkan komen jelek tentang fizikalnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Dengar Lagu Inteam Sambil Memandu Bikin Netizen Sebak – ‘Nampak Mata Dia Berkaca, Mesti Rindu Arwah Suami’

    MENARIK:  Kedai Beg Mewah Ariff Bahran Dirompak, Kerugian Cecah RM92,000 – ‘Saya Beri 24 Jam Untuk Pulangkan Semula Barang’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Tak Pandang Nilai Nafkah Daripada Suami – ‘Yang Batin Penting, Zahirnya Tengok Kemampuan’

    Jawab kecaman netizen

    " data-video-id="7513185774800735496" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @inanaswmfqk

    Biarlah Mulut Senget 😂 #esekeli #berandafyp #foryoupage❤❤ #berandatiktok #foryoupage #foryou #fypage #fyp #inanaim #fypシ゚

    ♬ original sound – Ina Naim – Ina Naim

    Menerusi sesi siaran langsung, Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim tidak berdiam, malah mempertahankan dirinya daripada kecaman warganet yang menyentuh tentang mulutnya.

    Menurut Ina, dia bersyukur dengan setiap kurniaan Allah terhadapnya meskipun pada orang lain tidak sempurna.

    Memang mulut saya senget, kenapa ada masalah? Biarlah mulut senget tak mengapa asalkan mulut sentiasa berzikir ingat tuhan.

    Mulut saya senget bukan sebab saya pergi cucuk, ini Allah yang bagi.

    Yang penting mulut senget inilah saya harapkan Allah terima segala amalan-amalan yang baik.

    Kalaulah saya sempurna, kemungkinan saya akan menjadi sombong. Sebab itu Allah jadikan kita ada kelemahan.

    Walau bagaimanapun, balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad itu tetap memaafkan individu tersebut dengan menasihatinya agar tidak menghina kejadian Allah SWT.

    Saya maafkan dia, tapi saya nak bagi sedikit nasihat kepadanya.

    Terimalah apa yang Allah bagi nanti di sana (syurga) mintalah segala kecantikan.

    Dekat dunia jangan hina orang, bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Lainlah kalau dia mengubah kejadian tuhan.

    Pandai jawab komen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Ina membalas komen berkenaan, malah ia mengingatkan mereka terhadap arwah suaminya yang sering kali menerima kecaman.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Biar Mulut Senget Tapi Sentiasa Berzikir’ – Ina Naim ‘Sekolahkan’ Netizen first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah