Penerbit, Datuk A. Aida, baru-baru ini menyorot perhatian warganet apabila berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya kembali tampil mengenakan hijab.
Artikel Berkaitan: A.Aida Dimasukkan Ke ICU, Sahabat Mohon Doa Orang Ramai
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ruhainies Minta Maaf Pun, Saya Tak Terima Dia Berlakon Lagi’ – A.Aida Beri Tiga Kontrak Drama Kepada Bella Astillah
Atas rela hati

Menerusi perkongsian di Instagram, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menegaskan bahawa keputusannya untuk kembali bertudung bukanlah demi memenuhi kehendak orang lain, sebaliknya atas kerelaan hatinya sendiri.
Bertudung bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati.
Dalam hantaran yang sama, di ruangan komen, dia turut menjelaskan bahawa perubahan tersebut merupakan janji yang pernah dibuatnya selepas sembuh daripada penyakit yang menimpanya tahun lalu.
Janji saya dengan ustaz asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar Unit Rawatan Rapi (ICU).
Terima kasih ustaz, semoga Allah pelihara kita semua.
Terdahulu, A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi pembedahan lutut di sebuah hospital swasta pada November tahun lalu.
Sumber: Instagram A.Aida
The post Bertudung Bukan Sebab Orang Lain, Janji Saya Selepas Kembali Sedar Dari ICU’ – A Aida first appeared on OHBULAN!.





