26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berlakon Sejak Usia 10 Tahun, Aedy Ashraf Tak Pernah Nampak Buli Di Set Penggambaran – ‘Ibu Pesan Sentiasa Hormat Orang Lain’

    Shopee Sale



    Aedy Ashraf

    Lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri, aktor Aedy Ashraf memberitahu dia tidak pernah berdepan atau melihat insiden pelakon baharu dibuli pelakon senior ketika di set penggambaran.

    Tak pernah lihat

    Aedy Ashraf

    Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata, perkara sedemikan tidak pernah berlaku disebabkan orang yang berada di sekelilingnya sentiasa bersikap baik antara satu sama lain.

    Sepanjang perjalanan saya dalam industri tak pernah lihat isu buli di set penggambaran, baik filem mahupun drama.

    Kita perlu sentiasa bersikap baik dengan semua orang, tidak kira di mana pun berada. Di dalam mahupun di luar set penggambaran.

    Aedy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di malam gala tayangan filem Kahar: Kapla High Council yang berlangsung baru-baru ini.

    MENARIK:  Mekyun Tuduh Influencer Lebih Sombong Daripada Artis - 'Vibes Aku Lebih Bagus Daripada Kau'

    Berkongsi lanjut, Aedy berkata dia sentiasa berpegang dengan pesanan ibunya supaya sentiasa menghormati orang lain walau di mana jua berada.

    Ibu saya sentiasa pesan untuk diri kita menghormati orang lain supaya orang lain juga akan menghormati kita.

    Dalam pada itu, disoal adakah mempunyai masalah untuk bergaul dengan pelakon senior, Aedy menjawab dia tidak pernah berasa kekok kerana sudah terbiasa sejak mula berlakon ketika usianya 10 tahun.

    Saya tak rasa susah pun untuk bergaul dengan pelakon senior, mungkin sebab saya bermula diusia yang muda. Jadi tak rasa kekok dah.

    Sekarang apabila semakin dewasa, saya tiada masalah untuk bergaul dengan pelakon baharu juga.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah