26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bercinta Memang Indah, Tapi Realitinya Kelat Macam Makan Jering’ – Fazley Yaakob

    Shopee Sale

    Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpendapat bahawa cabaran sebagai ibu atau bapa tunggal bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kehadiran orang baharu dalam kehidupan mereka.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan Janda, Hati Tetap Memilih Siapa Yang Mahu’ – Fazley Yaakob

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Persoal Isteri Buka Aib Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Bila Lelaki Luah, Ramai Betul Geng Dia Marah’

    Penerimaan anak-anak

    Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Datuk Fazley Yaakob, 48, menyatakan bahawa meskipun hubungan cinta sering digambarkan indah, namun realitinya tidak semudah yang disangka.

    Hal ini kerana, hubungan bersama seseorang yang berstatus duda atau janda menuntut kesabaran yang tinggi.

    Bagi mereka yang kurang memahami situasi bapa tunggal seperti saya, dan juga ibu-ibu tunggal di luar sana, hakikatnya bukan mudah untuk menerima orang baru dalam hidup masing-masing.

    Memang bila dua insan bercinta, segalanya kedengaran indah.

    Tetapi realitinya tidak seindah kata-kata, ibarat makan jering, rasanya tetap kelat.

    Sebab bercinta dengan duda atau janda.

    Tambahnya lagi, hubungan tersebut bukan hanya melibatkan dua individu, tetapi turut memerlukan penerimaan daripada anak-anak.

    Maksudnya, mereka juga perlu pastikan anak-anak boleh menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

    Bukan perkara mudah.

    Ramai yang terpaksa putuskan hubungan kerana anak-anak tidak dapat menerima pasangan baru ibu atau bapa mereka.

    Jadi tolonglah faham dan beri sokongan.

    Jangan terus condemn!

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Nadiyah Shahab Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Ben Ali Sedang Bergolak – ‘Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Selamanya’

    The post ‘Bercinta Memang Indah, Tapi Realitinya Kelat Macam Makan Jering’ – Fazley Yaakob first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah