
Selepas bergelar ibu, pelakon Atikah Suhaime mengalami kenaikan berat badan secara mendadak hingga membuatkannya hilang keyakinan untuk berjumpa dengan orang ramai.
‘Tak penah gemuk’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Atikah, 34, memuat naik video memaparkannya keadaan terkini berat badannya.
Menurut anak kelahiran Singapura itu, selepas berat badannya bertambah dia tidak pernah menghadiri perjumpaan bersama kawan kerana tidak tahu bagaimana untuk berdandan.
Saya telah melalui banyak perkara dalam hidup tetapi saya tidak pernah mengalami kenaikan berat badan.
Saya menolak semua perhimpunan sosial sejak kebelakangan ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk bersiap.
Sebelum ini, ibu anak satu itu berkongsi gian untuk kembali bersenam setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang proses berpantang.
Selepas lebih 20 hari melakukan pantang secara tradisional, Atikah memaklumkan bahawa dia akan menjalani proses berpantang secara moden.
Terdahulu, Atikah selamat melahirkan cahaya mata sulung, Lyla Mulan Teh di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.





