29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ben Amir Akui Kehidupan Di Filipina Sangat Tenang, Tak Perlu Hadap ‘Jammed’ Macam KL – ‘Sini 50 Kali Pusing Cari Parking’

    Shopee Sale

    Pelakon, Ben Amir mengakui kehidupan di Filipina sangat tenang dan selesa berbanding di Kuala Lumpur yang disifatkannya sebagai terlalu padat dan agak serabut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Amir Dedah Tinggalkan Malaysia, Bakal Mulakan Kehidupan Baru Di Pulau Siargao?

    Filipina tenang

    Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkata, suasana di sana memberi ruang kepadanya untuk menikmati kehidupan yang lebih seimbang antara kerja dan rehat.

    Di sini (KL) agak serabut. Maksud serabut itu dengan kepadatan manusia dan perlu hadap kesesakan lalu lintas. Lepas itu nak kena pusing 50 kali cari parking.

    Benda-benda macam itulah. Di pulau sana memang lebih tenanglah. Saya tak perlu hadap jammed.

    Ben yang kini menetap sepenuhnya di Filipina berkata, dia hanya akan pulang ke Malaysia apabila menerima tawaran kerja yang dirasakan sesuai.

    Kongsi Ben, dia kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Khianat Yang Terpilih terbitan TV3 sehingga Disember sebelum pulang semula ke Filipina.

    Saya memang dah menetap di Filipina, cuma akan balik Malaysia jika ada tawaran. Mula-mula fikir nak fokus filem sahaja, tetapi TV3 tawarkan watak yang tak pernah saya buat. Saya balik Malaysia tiga bulan untuk penggambaran.

    Saya rasa rugi kalau tak ambil watak dalam drama ini, sebab lain daripada yang pernah saya buat. Saya yakin orang tengok drama ini, memang akan benci saya.

    Berkongsi lanjut tentang kehidupannya di Filipina, Ben memberitahu dia kini aktif mengusahakan beberapa perniagaan berkaitan gaya hidup sihat dan restoran.

    Kalau kat sana, aktiviti banyak juga. Saya akan buka restoran. Bulan depan siap. Selain itu, saya ada juice bar. Juice bar ini macam kita jual healthy shots.

    Macam ginger, kita jual ginger shot dan sebagainya. Sebab sana punya gaya hidup berteraskan ‘wellness’ memang sangat kuat. Jadi sebab itulah fokus perniagaan.

    Sekarang ini semua tengah dalam proses pembinaan. Bulan 12 siap dan akan mula beroperasi sekitar bulan 1 nanti.

    The post Ben Amir Akui Kehidupan Di Filipina Sangat Tenang, Tak Perlu Hadap ‘Jammed’ Macam KL – ‘Sini 50 Kali Pusing Cari Parking’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Wawa Zainal Diserang Gastrik Teruk

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah