34 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ben Ali mengajak Fathia Latiff untuk menyertai Absolut Bazaar bukan kerana gimik atau tujuan pemasaran – “Saya menyokong semua artis yang berniaga”

    Shopee Sale



    Ben Ali

    Usahawan selebriti, Ben Ali menegaskan tindakannya mengajak pelakon kontroversi, Fathia Latiff menyertai acara Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 bukan bertujuan untuk gimik ataupun promosi semata-mata.

    Bukan marketing

    Ben Ali

    Ketika ditemui , Ben yang juga penganjur acara berkenaan berkata tindakannya mengundang Fathia atas kapasiti seorang kawan selain ingin memberikan platform untuk aktres itu berniaga.

    Sejujurnya Fathia merupakan kawan baik saya, kami dah kawan agak lama. Penyertaan Fathia pada tahun ini juga yang ketiga daripada tahun 2022 dan 2023.

    Tidak kira ada kontroversi yang membabitkan dirinya ketika ini, saya undang dia di festival ini atas kapasiti kawan dan perniagaan sahaja.

    Bagi pihak saya, apa yang berlaku fasal Fathia itu adalah masalah peribadi dia. Tiada kena mengena dengan festival ini.

    Bukan nak gunakan Fathia sebagai ‘marketing’ atas isu dia. Sebab saya sokong semua golongan artis yang ingin berniaga di Absolut Bazaar.

    Ben berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Rabu.

    Dalam masa sama, suami kepada pelakon Nadiyah Shahab itu berkata dia percaya setiap selebriti akan bersikap profesional meskipun ada segelitir mereka yang mempunyai isu.

    Malah, Ben menekankan pihaknya akan memastikan tahap keselamatan sepanjang acara berlangsung di bulan Ramadan itu dalam keadaan terkawal.

    Kalau ada dalam kalangan artis yang bermasam muka, saya percaya mereka akan bersikap profesional.

    Jika ada pengunjung yang tak selesa dengan artis itu adalah di luar kawalan pihak saya.

    Apa pun di pihak Absolut Bazaar akan menyediakan tahap keselamatan yang terbaik untuk mengelak daripadq sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

    Terdahulu, Fathia menimbulkan beberapa kontroversi susulan tindakannya menyerang beberapa selebriti tanah air.

    MENARIK:  Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027- KPM Ambil Peka, Galakkan Ibu Bapa Datang Beri Pandangan

    Malah, ada segelintir pihak yang mendakwa aktres itu tidak berada dalam keadaan baik dan sedang sakit. Bagaimanapun hal itu dinafikan oleh pelakon drama Ariana Rose itu.

    Untuk info, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 bakal berlangsung bermula 29 Mac, jam 12 tengah hari sehingga 1 April, jam 6 pagi selama 66 jam tanpa henti di MITEC.

    Sebanyak 927 tapak reruai akan dibuka termasuk gerai jualan makanan, pakaian, barangan keperluan raya dan banyak lagi. Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik bakal disediakan buat pengunjung.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah