Suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan, Ahmad Aslam tampil memberi respons terhadap seorang individu yang mempersoalkan usahanya membina legasi kehidupan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Mazlan Akui Pil Perancang Tak Berkesan, Target ‘Tutup Kilang’ Selepas Usia 30 Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Mazlan Banyak ‘Craving’ Manis, Syukur Suami Rajin Melayan
Legasi
View on Threads
Menurut Aslam, definisi legasi baginya merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang telah diusahakan sejak sekian lama termasuklah perniagaan yang dibina sejak tahun 2020.
Tambah Aslam, dia kini memilih untuk tidak lagi menoleh ke belakang dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada masa depan.
Legasi kehidupan, legasi perniagaan saya sejak2020, legasi pendidikan anak-anak, legasi kemajuan hidup.
Banyak sangat kalau nak list dekat sini.
Saya ni sekarang fokus pandang ke depan untuk masa depan saya bukan fokus pada masa lalu.
Aslam memberi respons tersebut selepas seorang individu secara terbuka menganggap kenyataan Aslam mengenai sedang membina legasi sebagai sesuatu yang melucukan.
Dalam pada itu, Individu tersebut mendakwa Aslam dan isteri pertamanya hanya dikenali ramai selepas perkahwinan sensasinya dengan anak pasangan selebriti popular, Abby Abadi dan Norman Hakim.
Malah, individu itu turut memetik pekerjaan lama Aslam sebagai pemandu e-hailing sebagai bahan usikan.
Sumber: Threads
The post ‘Banyak Sangat Kalau Nak List’ – Diperli Soal Legasi Yang Sedang Dibina, Aslam Tampil Beri Jawapan Padu first appeared on OHBULAN!.





