Hujung tahun ini pasti ramai yang merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan ke tempat percutian. Namun, kadang kala kewangan yang kurang stabil menjadi halangan malah wang simpanan juga tidak begitu banyak.
Bagaimanapun, anda masih boleh melancong dengan cara berjimat-cermat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah & Amira Jadi Contoh, Utamakan Solat Walau Sedang Melancong – ‘Kalau Tak Pegang Tangan Mesti Tengah Jaga Wuduk’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Akui ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong – ‘Kereta Atau Kapal Terbang, Semua Paranoid’
5 tips jimat melancong
Teruskan niat anda untuk ke destinasi pelancongan dengan mengikuti lima tips jimat ini supaya poket tidak ‘bocor’ semasa bercuti.
1. Guna pengangkutan awam

Malaysia merupakan antara negara yang memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam dan menyediakan servis terbaik untuk setiap penumpang.
Jadi, anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT, Monorail, feri dan bot untuk menuju ke destinasi. Ia sekali gus dapat jimatkan wang dengan tidak perlu membayar petrol dan tol.
Selain dapat berjimat dari segi kewangan, anda juga dapat berehat daripada memandu dengan menikmati pemandangan serta mengurangkan stres.
2. Lawat lokasi percuma

Sebelum meneruskan perjalanan, pastikan anda mendapatkan informasi mengenai tempat yang bakal dikunjungi kerana ada beberapa lokasi yang tidak menggunakan tiket masuk atau hanya memerlukan bayaran rendah.
Antara lokasi menarik yang boleh anda kunjungi secara percuma adalah tempat-tempat bersejarah, muzium, street art, pantai atau air terjun.
3. Makan di restoran murah

Yang murah tidak semestinya tidak berkualiti, paling penting adalah kebersihan dan juga rasa yang lazat.
Pemilihan restoran atau gerai yang lebih murah adalah cara terbaik untuk memastikan bajet anda sentiasa cukup.
Selain itu, bagi yang menyewa homestay atau Airbnb, anda juga boleh membeli bahan masakan dan menyediakan makanan sendiri. Lebih selamat dan lebih jimat!
4. Percutian secara berkumpulan

Tips ini antara paling berguna untuk anda yang suka melancong bersama rakan-rakan. Setiap kos yang dibelanjakan boleh dikongsi dan dibahagikan contohnya seperti penginapan dan makanan.
Bagaimanapun, anda perlu memastikan setiap rakan-rakan yang menyertai trip percutian itu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk berkongsi kos yang dibelanjakan.
5. Bercuti bukan semasa waktu puncak

Pada musim cuti sekolah dan perayaan, rata-rata rakyat Malaysia memilih waktu ini untuk melancong. Bagaimanapun, kebanyakan tempat pelancongan juga akan mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga servis dan barangan mereka.
Justeru, adalah sangat penting untuk anda merancang tarikh perjalanan seawal mungkin selain untuk mengelakkan kesesakkan.
Sumber: Al Ridzuan Travel
The post Bajet Sempit Bukan Halangan: 5 Tips Jimat Ketika Melancong first appeared on OHBULAN!.





