28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bagai Sirih Pulang Ke Gagang, Konsert Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal Ella, mengumumkan penganjuran konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru yang bakal berlangsung pada 25 Julai 2026 ini di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

    Artikel Berkaitan: Sistem Bilik Teknikal Telah Diubah Punca Gangguan Bunyi, Penganjur Konsert Ella Buat Laporan Polis

    Artikel Berkaitan: 55,000 Penonton Hadir Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Ella, RM100,000 Berjaya Dikumpul Untuk Kebajikan

    Konsert Ella di Pulau Pinang

    Kejayaan edisi terdahulu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menghimpunkan lebih 55,000 penonton menjadi bukti bahawa pengaruh Ella dalam dunia muzik tanah air masih kekal kuat hingga kini. Justeru, pengumuman ini adalah untuk meneruskan momentum kejayaan konsert terdahulu.

    Edisi Pulau Pinang ini tampil dengan makna yang lebih istimewa kerana ia bukan sahaja sebuah konsert berskala besar, malah menjadi simbolik kepulangan Ella ke negeri kelahirannya.

    Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada Julai nanti, konsert tersebut dijangka menjadi momen penuh emosi yang mengimbau perjalanan seni sepanjang hampir empat dekad bersama tanah kelahirannya di utara tanah air.

    Bagai sirih pulang ke gagang, momen ‘homecoming’ bukan sahaja membawa makna besar buat Ella sendiri, malah turut dinantikan para peminat setianya di kawasan tersebut yang sekian lama mengikuti perjalanan seninya.

    Dalam masa sama, konsert ini juga bakal mencipta sejarah apabila Ella menjadi artis pertama mengadakan konsert solo di stadium berkenaan.

    Love. Peace. Rindu

    Menerusi kempen Peace. Love. Rindu., konsert ini turut mengajak para peminat bersama-sama menyumbang kembali kepada komuniti. Setiap pemegang tiket berpeluang memilih badan kebajikan yang ingin disokong, iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang bagi kategori Peace, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk tema Love dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair bagi kategori Rindu.

    Sebanyak RM2 daripada setiap tiket yang dijual akan disalurkan kepada badan kebajikan pilihan tersebut. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan penganjur dan artis dalam menggabungkan hiburan dengan tanggungjawab sosial, sekali gus menjadikan pengalaman konsert lebih bermakna buat semua pihak terlibat.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman – ‘Tak Nak Orang Dalam Industri Seni & Tidak Pergi Kelab Malam’

    Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, penganjuran konsert ini merupakan usaha strategik bersama ‘Rockqueen’.

    Kami melihat Majlis Tertinggi Rockqueen sebagai satu gerakan yang melangkaui konsert semata-mata. Ia adalah sebuah pengalaman yang menyatukan peminat melalui muzik, emosi dan mesej yang dibawa.

    Membawanya ke Pulau Pinang membolehkan kami mendekatkan pengalaman ini kepada peminat di wilayah utara, dan dalam masa yang sama membuka ruang kepada lebih ramai untuk menjadi sebahagian daripada ‘Ahli Majlis Tertinggi’.

    Dalam pada itu, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin turut menyifatkan konsert ini sebagai refleksi kepada perjalanan seninya yang panjang.

    Pelantun lagu Puteri Kota ini menyatakan bahawa sambutan ulang tahun ke-60 serta hampir empat dekad dalam industri muzik memberikan makna yang mendalam terhadap penganjuran konsert ini, yang dilihat sebagai medium untuk terus menyuarakan mesej Peace.Love.Rindu. 

    Untuk info, harga tiket ditawarkan serendah RM39 sebagai usaha penganjur untuk memastikan pengalaman konsert ini dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan peminat. Inisiatif tersebut turut diperkasakan menerusi akses awal khas buat pemegang tiket Aras 3 terdahulu di Majlis Tertinggi Rockqueen Kuala Lumpur.

    Sebagai ahli terhormat, mereka akan diberi keutamaan membeli tiket bermula 8 Mei 2026 selain menikmati diskaun istimewa bagi kategori tertentu. Sementara itu, jualan tiket untuk umum akan dibuka secara rasmi pada 11 Mei 2026 menerusi laman sesawang http://www.hitmanlive.com.

    The post Bagai Sirih Pulang Ke Gagang, Konsert Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah