Pelakon Sharifah Sakinah memberikan respon selepas babak memegang bazooka (pelancar roket) dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman telah mendapat perhatian ramai di media sosial.
Artikel berkaitan: ‘Saya Terima Segala Teguran & Kritikan Dengan Hati Terbuka’ – Sharifah Sakinah Mohon Maaf
Beri peluang

Menerusi hantaran di Threads, warganet meluahkan rasa kurang senang apabila menonton satu babak lakonan Sakinah dalam drama terbabit berikutan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pemilik nama pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 37, itu kemudian membalas ciapan berkenaan dan meminta warganet untuk memberi peluang kepada pemain industri seni menggunakan teknologi tersebut.
Berilah peluang untuk cuba. Percubaan pertama drama Melayu di tv. InsyaAllah, semakin lama, ia akan kelihatan lebih menyakinkan.
Mengulas lanjut, Sakinah menjelaskan bahawa babak itu dilihat sesuai untuk menggunakan AI kerana ia sekadar paparan mimpi dan imaginasi.
Tambahan pula, ini adalah babak mimpi.
Jika mahu dibayangkan sebagai cartoon pun okay, kerana ini adalah imaginasi Emma (watak Sakinah).
Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu menegaskan bahawa sentuhan AI digunakan seiring dengan kemajuan teknologi, namun mutu lakonan tetap diutamakan.
InsyaAllah, semua penonton boleh cuba adapt. Inilah proses evolusi kreatif.
Jangan risau Budak Ijat (pengarah) dan team sangat progresif. Idea, naratif dan kreativiti tetap datang daripada kami, secara organik.
Al membantu proses, tetapi jiwa karya still ons.
Sumber: Threads
The post Babak Bazooka Dikritik, Sharifah Sakinah Minta Netizen Beri Peluang Drama Guna AI – ‘Ia Membantu, Tapi Jiwa Karya Still Ons’ first appeared on OHBULAN!.





