Pelakon, Ika Nabella meluahkan rasa terkilan terhadap sikap tidak sensitif segelintir individu ketika keluarganya sedang berdepan detik cemas.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Nampak Gila-Gila Tapi Sopan & Lemah Lembut’ – Ika Nabella Teruja Aisha Retno Dipilih Jadi Puteri Gunung Ledang
Artikel Berkaitan: ‘Solat Lima Waktu & Dhuha Serta Mengaji Setiap Malam’ – Ika Nabella Tegas Pilih Pembantu Rumah
Anak jatuh
View on Threads
Menurut Ika, kejadian cemas itu bermula apabila anak lelakinya terjatuh di taman permainan sehingga menyebabkan pendarahan di bahagian hidung dan mulut.
Anak saya jatuh dekat taman permainan. Suami terus dukung anak sambil berlari, hidung dan mulutnya berdarah, muka pula lebam.
Anak saya ketika itu mamai dan hampir tidak sedarkan diri, memang kami sangat cemas nak cepat ke hospital.
Kata Ika, dia sempat meminta laluan serta memohon maaf kepada orang sekeliling kerana mahu segera tiba di hospital.
Bagaimanapun, Ika mendakwa terdapat seorang lelaki yang tidak memahami situasinya hingga membuatkannya berasa kesal dengan tindakan lelaki itu.
Saya siap cakap, ‘maaf, kecemasan… tumpang lalu.’
Dalam keadaan kelam-kabut macam tu, sempat pula ada seorang lelaki buat lawak, ‘double line tak boleh potong.’
Ika mendakwa individu tersebut tidak mempunyai rasa timbang rasa dengan situasi yang dialaminya.
Jelas Ika, situasi cemas seperti itu tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak oleh mana-mana pihak.
Kadang manusia ni lupa, bila melibatkan anak orang tengah sakit atau ditimpa musibah, itu bukan masa nak jadi pelawak jangan jadi bangang.
Sumber: Threads
The post Ika Nabella Berang Individu Buat Lawak Bodoh Semasa Bergegas Bawa Anak Ke Hospital – ‘Buat Lawak, Double Line Tak Boleh Potong’ first appeared on OHBULAN!.





