27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azira Shafinaz Pernah Dimarahi Pelakon Senior Sampai Menangis – ‘Saya Dipanggil B*doh’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mendedahkan pernah dimarahi sehingga menangis oleh seorang pelakon senior ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

    Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Putus Cinta Selepas 12 Tahun Bersama Kekasih – ‘Tiada Spark Lagi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sudah Bolot Dua Anugerah Di Peringkat Antarabangsa, Azira Shafinaz Anggap Belum Rezeki Diiktiraf Di Malaysia

    Menangis dimarahi

    Menurut Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 33, dia bagaimanapun tidak menyimpan sebarang dendam, sebaliknya menjadikan insiden tersebut sebagai pembakar semangat untuk membuktikan kemampuannya sebagai pelakon yang berkualiti.

    Saya pernah dimarahi dan dipanggil bodoh, malah dikatakan tak pandai berlakon. Tipulah kalau saya kata tak terasa, saya memang menangis ketika itu juga. Dia menegur cara lakonan saya.

    Tapi saya tak simpan dendam pun. Saya jadikan tegurannya sebagai motivasi untuk memperbaiki mutu lakonan. Disebabkan itulah, saya cabar diri untuk jadi lebih baik.

    Azira berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Indera yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Berkongsi lanjut, Azira mengakui ada benarnya teguran yang diberikan kerana ketika itu dia masih baharu dalam industri dan banyak perlu dipelajari.

    Mungkin ada juga betulnya dia menegur saya dengan cara sedemikian kerana saya pun masih baharu lagi dalam industri lakonan. Banyak yang perlu saya belajar lagi.

    Enggan terlalu lama larut dalam emosi kesedihan, anggota kumpulan DeFam itu berkata, beberapa tahun selepas insiden tersebut, dia kembali bekerjasama dengan pelakon berkenaan dan menerima pujian atas peningkatan mutu lakonannya.

    Beberapa tahun selepas itu, saya kembali bekerjasama dengan pelakon yang sama. Dia sendiri memuji kualiti lakonan saya yang dikatakan semakin baik.

    Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya pula jenis yang cepat bangkit. Tak mahu terlalu lama tenggelam dalam emosi.

    Dalam perkembangan terkini, Azira membintangi filem Indera yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 7 Ogos ini.

    MENARIK:  Kontraktor Berusia 51 Tahun Dituduh B*nuh Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar

    Selain Azira, filem Indera terbitan Greenlight Pictures, Lomo Pictures serta GSC Movies turut dibintangi Shaheizy Sam, Ruminah Sidek, Samara Kenzo dan ramai lagi.

    The post Azira Shafinaz Pernah Dimarahi Pelakon Senior Sampai Menangis – ‘Saya Dipanggil B*doh’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah