25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azharina Syukur Terima Anugerah Wanita Inspirasi – ‘Setiap Langkah & Usaha Ada Makna’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Azharina Azhar bersyukur diraikan dalam majlis 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 di atas penghargaan terhadap kepimpinan, semangat juang tinggi, serta sumbangannya kepada wanita dan komuniti.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Harap Calon Yang Dipilih Ketika PRN Nanti Benar-Benar Tahu Buat Kerja & Dapat Memajukan Sabah’ – Azharina Azhar

    Wanita inspirasi

    Pada majlis berkenaan, Azhrina, 41, merupakan satu-satunya anak seni yang menerima pengiktirafan, membuktikan bahawa peranan figura industri hiburan turut mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

    Saya amat bersyukur dan terharu menerima penghargaan ini. Kepada semua wanita di luar sana, jangan mudah mengalah.

    Teruskan berusaha dan kekal positif walau apa pun cabaran yang dihadapi. Percayalah, setiap langkah dan usaha kita ada makna dan potensi yang besar.

    Pelantun lagu Elegi Sepi itu turut mendedikasikan penghargaan tersebut kepada dua cahaya matanya, Rahmat dan Redha yang menjadi sumber kekuatan serta inspirasinya setiap hari.

    MENARIK:  [VIDEO] Ini Antara Realiti Cabaran Komuniti OKU Pendengaran Dalam Dunia Pekerjaan di Malaysia

    Terdahulu, Azharina terpilih sebagai ahli panel dalam persidangan pertama ASEAN Women’s Conference on Best Practices (AWCOBP) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

    Pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk Azharina terus memberi impak positif kepada masyarakat, terutama kepada generasi muda.

    Saya harap dengan penghargaan ini, saya dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada wanita di luar sana agar terus melangkah, berani bermimpi dan tidak mudah putus asa.

    The post Azharina Syukur Terima Anugerah Wanita Inspirasi – ‘Setiap Langkah & Usaha Ada Makna’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah