Personaliti media sosial dan usahawan, Anes Ayunie bersyukur apabila dikurniakan suami yang banyak membantu dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayunie Berang Dituduh Jual D*dah, Dedah Raih RM40 Juta Jual Vitamilk – ‘Saya Tidak Akan Berdiam Diri
Artikel Berkaitan: ‘Saya Manusia Biasa, Tak Lari Dari Dosa & Kesilapan’ – Ayunie
Suami yang baik

Menerusi hantaran di Instagram Story, Anes Ayuni atau lebih mesra dengan panggilan Ayuni menghargai suami, Amirul Hakim yang menolongnya menguruskan rumah tangga.
Ayuni juga menyifatkan Hakim sebagai seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
Terima kasih sayang masak kari ikan dengan ayam goreng berempah. So good!
Susahlah makin hari makin jatuh cinta.
The day I meet you tak sangka pun saya akan dapat suami macam ini.
Pagi-pagi kejut subuh, malam-malam tidurkan anak-anak, bini tak sihat masak semua untuk kami makan.
Ya Allah murahkan rezeki suami saya yang baik ini.
Kejut subuh
View this post on Instagram
Usahawan berusia 23 tahun itu juga terharu apabila suaminya tanpa gagal akan kejut bangun tidur hampir setiap hari untuk menunaikan solat subuh.
Yuni ni jenis dari kecil mak ayah yang kejut subuh, tak ada orang paksa memang akan terbabas subuh.
Tapi sejak kahwin dengan Hakim, saya pesan dekat dia saya nak bangun subuh dan dia kena kejut.
Setiap hari saya bangun subuh sebab suami saya kejut. Tak tahu nak cakap apa, itu pun rezeki.
Untuk rekod, Ayuni mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama Ahmad Weldan Zulkefli pada 29 Februari 2021 dan pada November 2023, mereka sah bercerai. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.
Ayuni juga merupakan bekas adik ipar kepada usahawan Iqbal Zulkefli.
Sumber: IG Anees Ayunie
The post Ayuni Syukur Dikurniakan Suami Baik & Ringan Tulang – ‘Pagi Kejut Subuh, Malam Tidurkan Anak’ first appeared on OHBULAN!.





