25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ayu Hot FM Berang Terima DM Berbaur Lucah – ‘Kesian Dekat Mak Ayah, Benda-Benda Macam Ini Juga Yang Kau Tengok’

    Shopee Sale



    ayu hot fm 8989

    Penyampai radio Hot FM, Ayu meluahkan rasa berang terhadap seorang individu kerana menghantar direct message (DM) berbaur lucah di Instagram (IG) miliknya.

    Melampaui batas

    ayu dm lucah1

    Menerusi hantaran di IG Story, Ayu memuat naik tangkap layar DM lelaki tersebut yang didakwa telah melemparkan komen negatif terhadap fizikalnya.

    Dalam masa yang sama, Ayu atau nama lengkapnya Masyuni Mansor juga tidak teragak-agak mendedahkan akaun IG lelaki berkenaan kepada umum.

    Itulah badan besar bas, ternak lemak-lemak sampai sempit dekat belah otak. Bawa bawa pergi bersukan kejap boleh tak?

    Dekat bio bukan main Allah dan keluarga. Masa bercakap lupa terus semua benda?

    Penyampai radio berusia 25 tahun itu turut menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang laparkan perhatian.

    Selalunya aku biarkan sahaja benda bodoh macam ini tapi hari ini mood tak baik jadi kau lapar perhatian kan? Siapa-siapa tolong bagi kejap dia rasa apa benda dia nak ini.

    Bodoh! Orang macam kau ni, patut pupus je. Kesian dekat mak ayah didik elok-elok akhirnya benda-benda macam ini juga kau tengok.

    Sesiapa tolong DM dia kejap, tengok dia cukup tangan tak nak kawal perhatian yang dia lapar sangat tu.

    Bagaimanapun, menurut Ayu, lelaki berkenaan telah bertindak menukar gambar profil dan menyekatnya selepas pendedahan tersebut dibuat.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Dia Cuma Tanya Adakah Saya Sembahyang?’ – Anak Dakwa Zainal Abidin Tiada Usaha Untuk Berdamai

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah