Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat teruja apabila kumpulan muzik popular Indonesia, Ungu, menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bersama.
Artikel Berkaitan: Pilihan Raya Makin Hampir, Pasha Ungu Terus Berkempen – ‘Saya Bahagikan Masa Antara Politik & Muzik’
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Alami ‘Mild Slipped Disc’, Kini ‘Berehat’ Di Hospital – ‘Terima Kasih Yang Mendoakan’
Rakan duet

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat memuat naik tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh kumpulan tersebut di Instagram miliknya.
Pada komen tersebut, Ungu memberitahu bahawa mereka ingin menjadi rakan duet kepada Ayda dan mereka juga bakal terbang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Hi Ayda, kami mahu ke Kuala Lumpur. Minat tak untuk berduet?
Difahamkan kehadiran Ungu ke negara ini adalah untuk menjayakan konsert mereka yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Netizen teruja
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja dan memberi sokongan penuh untuk melihat kerjasama di antara mereka.
Dalam masa yang sama, mereka meminta pelantun lagu Pencuri Hati itu untuk tidak melepaskan peluang berkarya bersama band popular tersebut.
Tak sabarnya nak tengok mereka duet sama-sama.
Wah! Mantap Ayda, jangan tak jadi.
Go for it!
Apa lagi, sambarlah peluang ini. Bukan kaleng-kaleng orang yang ajak tu.
Sekadar info, Ungu mengumumkan bakal mengadakan konsert istimewa sempena ulang tahun ke-29 penubuhan mereka menerusi Konsert 29th Anniversary – Symphony of Ungu yang dijadual berlangsung pada 12 Julai 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Lebih menarik, Malaysia menjadi negara pertama yang menyaksikan kolaborasi eksklusif ini dimana ianya sesuatu yang belum pernah dilakukan sejak Ungu ditubuhkan pada 1996 termasuk di tanah air mereka sendiri, Indonesia.
Sumber: TikTok Ayda Jebat
The post Ayda Jebat ‘Dipinang’ Ungu – ‘Kami Nak Datang KL Ni’ first appeared on OHBULAN!.





