Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie menyeru vokalis utama kumpulan rock Search, Amy untuk meleraikan salah faham yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Minta Maaf Kepada Jaclyn, Ella & Awie, Tak Sempat Borak Lama Selepas Konsert
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dakwa Diserang? – ‘Seorang Yang Berpengalaman Bertindak Tidak Profesional’
‘Penat nak menjawab hal kau’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meluahkan rasa berang terhadap isu penyanyi yang didakwa diserang oleh penyanyi rock lelaki sehingga memberi kesan kepada namanya.
Tegasnya, dia berharap agar Amy Search mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas dakwaan mengenai tindakannya yang melulu.
Amy Search, kau ceritalah yang betul. Habis semua manusia kepoh ini tuduh aku.
Ambil lah tanggungjawab ini dan beritahu hal sebenar.
Penat dan sesak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau.
Imbas kembali, Shila mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang legenda ketika melakukan ‘rehearsal’ untuk sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
Selain itu, serangan yang dibuat secara terbuka itu mencetuskan rasa anxiety kepada pelantun lagu ‘Patah Seribu’ tersebut.
Susulan kejadian itu, Aini yang merupakan pembantu peribadi memaklumkan telah mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi Shila.
Sumber: Facebook @awiepamalo
The post Awie Seru Amy Search Cerita Hal Sebenar, Enggan Terpalit Isu ‘Serang’ – ‘Penat Aku Menjawab Hal Kau’ first appeared on OHBULAN!.





