33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Awal Ashaari Selar Tindakan Wardina Muat Naik Nama Selebriti Perlu Diboikot – ‘Dia Sendiri Pernah Jadi Duta’

    Shopee Sale



    Pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari tidak bersetuju dengan tindakan bekas pelakon, Wardina Safiyyah yang berkongsi nama-nama artis tempatan yang perlu diboikot susulan gerakan Blockout2024.

    ‘Dia pun pernah jadi duta’

    Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari berpendapat tindakan Wardina itu seolah mahu memecah belahkan golongan selebriti dengan wargamaya.

    Sampai ke perhatian saya tentang seorang yang tidak mengenali saya secara peribadi, menyebut nama saya, isteri dan rakan artis yang tiada kaitan langsung dengan diri beliau.

    Mencipta kebencian, cuba memecah-belahkan kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama serta isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu.

    Tambah Awal, Wardina sepatutnya ambil maklum dengan komitmen seorang selebriti memandangkan dia juga pernah menjadi tokoh masyarakat (public figure) suatu ketika dahulu.

    Apa motif beliau? Saya terkilan kerana beliau sendiri pernah bergelar artis dan pernah menjadi ambassadot kepada jenama-jenama ‘Israhell’ seperti yang ditegaskan beliau. Kenapa sekarang?

    Sementara itu, menerusi hantaran lain, pelakon filem ‘Impak Maksima’ sempat menyindir Wardina yang pernah meminta orang ramai untuk tidak menanamkan kebencian terhadap individu yang sama sekali tidak ada kena-mengena dengan kehidupan mereka.

    MENARIK:  Marsha Milan Dinobat Sebagai Juara, Nadeera Zaini Cipta Kejutan Raih Tempat Kedua AJL39

    Terdahulu, Wardina lantang bersuara mengenai gerakan Blockout2024 yang memboikot selebriti tempatan yang dikatakan masih lagi menjalin kerjasama bersama barangan pro Israel.

    Bukan itu sahaja, Wardina juga meminta wargamaya untuk memuat naik semula nama kesemua selebriti termasuklah Awal dan isterinya, Scha Alyahya.

    Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.

    Selain Awal, antara artis tempatan yang turut disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah