25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atikah Suhaime Kurang Senang Dengan Sikap Suka Mengata – ‘Boleh Jadi Buli Siber Kalau Biarkan’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pihak yang gemar bercakap buruk mengenai orang lain terutamanya jika individu itu adalah seseorang yang pernah bekerja bersamanya.

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’

    Buli siber

    Ketika dihubungi , pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, menegaskan dia tidak menyokong sebarang tuduhan yang boleh menjurus kepada fitnah dan buli siber.

    Bukan soal perbandingan tetapi saya tidak suka kalau orang cakap buruk pasal orang lain terutamanya mereka yang pernah bekerja dengan saya dan saya tahu orang itu baik.

    Jadi bila ada yang bercakap buruk mengenai orang itu saya rasa itu adalah buli siber.

    Apabila orang mula bercakap buruk tentang orang lain, bagi saya ia tidak patut.

    Menurut Atikah, dia tidak akan berdiam diri apabila melihat ketidakadilan berlaku lebih-lebih lagi apabila orang yang dibuli itu adalah kenalannya.

    MENARIK:  Nora Ariffin Kongsi Video Dua Sifat Isteri Yang Allah Tak Pandang, Netizen Komen ‘Terima Kasih Tolong Ingatkan’

    Kata Atikah, sekiranya dibiarkan ia boleh memberi kesan kepada individu itu terutamanya dari sudut emosi dan kesihatan mental.

    Ramai yang tidak kenal betul-betul dengan orang tersebut, kemudian mahu bercakap buruk.

    Sudah tentu saya akan perbetulkan keadaan sebab bila sebarkan benda tidak betul ia sudah jadi satu fitnah.

    Saya tidak suka dengan perkara itu kerana nanti orang itu pula yang kena buli.

    The post Atikah Suhaime Kurang Senang Dengan Sikap Suka Mengata – ‘Boleh Jadi Buli Siber Kalau Biarkan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah