30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aqasha Coret Ucapan Istimewa Untuk Isteri Sempena ‘Anniversary’ Ke-14 – ‘Terima Kasih Jadi Isteri Yang Patuh & Setia’

    Shopee Sale



    Pelakon Aqasha dan isterinya Baizura Sabri menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 pada Khamis.

    Ucapan buat isteri

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Aqasha – ????? (@theaqasha)

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akassya Rosli menulis coretan istimewa buat isterinya.

    Aktor berusia 42 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan menyifatkan Baizura sebagai seorang isteri yang baik.

    Awak telah menjadi teman yang luar biasa. Yang sempurna untuk saya. Saya percaya kita telah belajar banyak antara satu sama lain.

    Terima kasih kerana menerima dan bertahan dengan seorang lelaki yang memilih kesederhanaan sebagai jalan hidupnya.

    Terima kasih kerana telah menjadi isteri yang patuh, setia dan bersedia bersama suaminya dalam apa pun cabaran yang hidup berikan.

    Dalam masa yang sama, aktor filem Embun itu berharap perhubungan mereka akan utuh meskipun ada ujian yang perlu ditempuh.

    Sepertimana Palestin terus bertahan dengan kecelakaan sikap dunia dan sekelilingnya..kita juga harus terus bertahan.

    Seperti akar pohon, walau tak kelihatan…tapi tetap terus kuat memasak ke bumi bersedia untuk segala macam setan, badai, taufan dan pembalak haram jadah yang menyebabkan keruntuhan tanah.

    Semoga Tuhan meredai kita.

    Sekadar info, Aqasha dan isteri mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan mereka dikurniakan dua orang zuriat.

    MENARIK:  [VIDEO] Hunny Madu Terkejut, Tak Sangka Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme – ‘Rakyat Malaysia Lebih Memahami’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah