Pelakon, Vanidah Imran mengakui dirinya lebih berhati-hati dalam setiap aspek lakonannya ketika menjayakan drama bersiri Walid, susulan kecaman hebat yang diterimanya sebelum ini menerusi drama Bidaah, tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Untuk Saya Berhijrah, Saya Perlu Betul-Betul Yakin’- Vanidah Imran Belum Bersedia Bertudung
‘Apa niat viralkan?’

Vanidah, 52, berkata, pengalaman lalu menjadikan dirinya lebih peka terutama dari segi ekspresi wajah dan penyampaian watak agar tidak menimbulkan salah tafsir dalam kalangan penonton.
Kali ini dalam drama Walid, saya lebih berhati-hati. Ekspresi pun saya kawal. Lepas itu kak Erma Fatima (penerbit) tegur dengan beritahu ekspresi saya salah. Tapi saya jawab, saya tak kisah.
Saya buat apa yang saya rasa sesuai dengan watak. Selebihnya saya serahkan kepada proses suntingan. Kalau perlu diubah, sunting sahaja.
Vanidah berkata demikian ketika ditemui di sesi pratonton eksklusif daram Walid di Saloma, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mengulas kecaman yang diterima sebelum ini, Vanidah berkata dia memilih untuk berdiam diri kerana merasakan itu adalah tindakan yang terbaik dilakukan.
Menerusi drama Bidaah dulu, saya dikritik teruk tetapi saya memilih untuk diam. Saya tak rasa perlu menjelaskan kerja saya kepada orang. Ini kerja saya sebagai pelakon dan saya tahu apa yang saya buat.
Umur saya pun sudah pertengahan. Hendak jelaskan kepada netizen yang muda-muda dan suka menghakimi, silakan. Hendak kata saya buat maksiat atau apa-apa, itu hak mereka.
Namun begitu, Vanidah tidak menafikan rasa terkilan apabila babak tersebut ditularkan oleh segelintir pihak, apatah lagi berlaku ketika bulan Ramadan.
Saya cuma tertanya, orang pertama yang tularkan perkara ini ketika Ramadan, apa niatnya? Waktu berbuka puasa, jari itu yang digunakan untuk sebarkan.
Kalau saya pilih untuk tidak memaafkan, bagaimana? Itu hak saya. Apa niat awak ketika viralkan? Itu sahaja yang saya mahu tahu.
Ini semua sebahagian daripada kerja. Saya tahu siapa diri saya dan bagaimana saya menjaga batas. Saya percaya penonton yang matang akan faham perbezaan antara watak dan realiti.
Terdahulu, tular di media sosial babak panas melibatkan Vanidah dan Faizal Hussein dalam drama Bidaah yang ditayangkan di platform Viu.
Dalam adegan berkenaan, Vanidah yang membawakan watak Ummi Rabiatul dilihat menyentuh janggut watak Walid lakonan Faizal menggunakan kakinya ketika berbaring di atas katil, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi negatif.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak selesa dengan babak tersebut, lebih-lebih lagi kerana ia ditayangkan pada bulan Ramadan.
The post ‘Apa Niat Awak Viralkan Di Bulan Ramadan, Kalau Saya Tidak Maafkan Bagaimana?’ – Vanidah Imran first appeared on OHBULAN!.





