32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Apa Nasib Anak Kita Seaindainya Yang Patut Jaga Keharmonian Rakyat Jadi Begini’ – Shila Amzah

    Shopee Sale



    Nur Farah Kartini

    Kes pembunuhan tragis Nur Farah Kartini telah menimbulkan kerisauan orang ramai termasuk penyanyi Shila Amzah.

    ‘Risau, kecewa’

    Nur Farah Kartini

    Shila berkata dia kecewa dengan tindakan suspek iaitu seorang lelaki yang sepatutnya melindungi keselamatan wanita, namun tergamak bertindak kejam.

    Baca kisah arwah Farah ini memang buat risau dan kecewa.

    Kita ada anak perempuan. Apa lah nasib anak-anak kita seandainya yang patut menjaga keharmonian dan keselamatan jadi begini.

    Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di platform X.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen bersetuju dengan pandangan pelantun lagu Patah Seribu ini.

    10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.

    MENARIK:  ‘Jangan Fitnah, Saya Hanya Membuat Gambar Tanpa Video Atau Podcast’ – Hot Daddy

    Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

    Pagi Selasa, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

    Lelaki terbabit yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah