
Pelakon Isyariana memaklumkan niat untuk mula berhijab sudah lama disimpan, namun percaya dengan setiap aturan Allah akan berlaku tepat pada waktunya.
Tawaran ditarik
View this post on Instagram
Ketika ditemui , pemilik nama penuh Isyariana Che Azmi, 35, akui komitmen kerja menjadi sebab niat untuk berhijab itu sering kali ditangguhkan.
Ujarnya, terdapat juga pengarah yang menarik balik tawaran hanya kerana imejnya yang sudah bertudung.
Sebenarnya dari tahun 2018 saya dah berniat untuk pakai tudung.
Tapi disebabkan saya kerja dalam industri, jadi watak-watak semua tak sesuai dengan imej bertudung.
Ada pengarah yang offer saya selepas habis penggambaran Bukan Sekadar Lafaz 2, tapi stesen tak mahukan imej yang bertudung sebab watak itu watak antagonis.
Kalau ada watak-watak jahat yang saya boleh bawakkan dengan imej bertudung apa salahnya, Ummi Nazeera boleh.
Isya berkata demikian ketika ditemui di Majlis Hari Raya Dapur Panas Digital yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Rabu.
Cara istiqamah

Berkongsi lebih lanjut, Isya akui masih bergelut dengan diri sendiri untuk kekal istiqamah.
Saya akan banyakkan baca surah-surah nabi.
Bila saya rasa diri ini goyang, saya akan mula baca balik.
Bila ingat balik perjuangan nabi, saya kembali kuat untuk istiqamah.
Dalam pada itu, Isya memaklumkan dirinya juga tidak mudah untuk membuat keputusan bertudung namun, harus dipaksa demi memenuhi niat yang sudah lama dipendam.





