Pendakwah bebas PU Riz, menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta yang juga selebriti popular Noor Neelofa sempena ulang tahun kelahirannya.
Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebagai Adik Semestinya Saya Mahu Kakak Gembira’ – Neelofa Doa Kebahagiaan Noor Nabila
Ucapan istimewa

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, itu menyifatkan Neelofa sebagai pelengkap hidupnya dan keluarga.
Sudah semestinya tidak berlalu 10 Februari tanpa ingatan dan coretan buat adinda. Pertama, syukur ke hadrat Tuhan telah memberi dan memanjangkan usia kita hidup bersama.
Kehadiran adinda buat keluarga kita SubhanAllah amat luar biasa.
Dalam masa sama, PU Riz turut mengagumi keperibadian Neelofa yang penyayang sekaligus mencerminkan keikhlasan hati dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri yang terbaik.
Sejujurnya amatlah banyak kebaikan yang telah dibuktikan dengan perbuatan oleh zaujah, dari akhlak, jaga anak-anak dan maruah diri. Sungguh pada pendapat saya zaujah ikhlas melakukannya.
Kalaulah anak-anak boleh bercakap lancar, mungkin Abbas dan Bilal akan lihat ibunya dan berkata ibukulah segalanya buatku.
Mana tidaknya dari pesan makan ‘butter chicken’, mi sup, ayam kicap, ayam kurma dan juga pizza sehinggalah juga dengan kasih sayang yang tidak putus.
Memori di Tanah Suci

Bukan itu sahaja, bapa kepada dua orang anak tersebut turut mengimbas kembali momen indah ketika mereka mengerjakan ibadah umrah.
Teringat akan satu waktu kita berada di Tanah Suci selesai saja umrah, sedang berjalan pulang dengan nada sederhana dan mungkin jua sebak zaujah sebut ‘saya banyak doa untuk kita, rezeki awak dan anak-anak’.
Apa lagi yang diinginkan dari seorang ibu atau isteri yang menyayangi keluarganya lebih dari yang lain.
Untuk info, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.
Sumber: Instagram
The post PU Riz Coret Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa – ‘Kehadiran Adinda Buat Keluarga Amat Luar Biasa’ first appeared on OHBULAN!.





