30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Yatim Berusia 6 Tahun Ditemui Tanpa Pakaian Dalam Bilik, Didera Bapa Angkat Sebab Kencing Merata

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dengan kesan luka pada badan di dalam bilik sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson di Negeri Sembilan.

    Mangsa dijaga, didera bapa angkat

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Sinar Harian, mangsa, 6, yang berstatus anak angkat (kematian bapa) dipercayai didera oleh bapa angkatnya.

    Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, kejadian itu terbongkar apabila seorang wanita (pengadu) berasa tidak puas hati selepas gagal menghubungi kanak-kanak itu sejak awal Oktober lalu.

    Namun pada awal Oktober, mangsa gagal dihubungi. Anak pengadu telah pergi melihat dan mendapati mangsa dalam keadaan cedera, menangis dan diletakkan di atas lantai tanpa berpakaian.

    Difahamkan, mangsa yang ditinggalkan ibu kandung sejak kecil itu pernah tinggal bersama wanita terbabit sebelum diserahkan kepada suspek pada 2021.

    Sepanjang dalam tempoh jagaan pengadu, mangsa dalam keadaan baik dan sentiasa berhubung melalui panggilan video dan telefon.

    Tiga suspek ditahan

    Sekadar gambar hiasan

    Susulan daripada itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 32 sehingga 36 tahun dan kesemua suspek bekerja sebagai jurusolek.

    MENARIK:  Zahnita Wilson Syukur Dapat Beli Kereta Baharu – ‘Lepas Ini Tak Payah Pakai Kereta Sewa Dah’

    Polis turut merampas senjata yang digunakan iaitu rotan bulu ayam dan pemanas air.

    Pemeriksaan mendapati, kesemua suspek mempunyai pelbagai kesalahan lampau melibatkan dadah dan jenayah.

    Ujian saringan air kencing turut mendapati seorang suspek positif methamphetamin.

    Siasatan awal mendapati, punca suspek memukul mangsa kerana mangsa degil dan membuang air kecil di merata tempat di dalam rumah.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kesemua mereka direman sehingga 10 Oktober ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah