27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia, Dilahirkan Dalam Keadaan Pra Matang

    Shopee Sale



    Bayi sulung Marissa Dania dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.

    Meninggal dunia ketika dilahirkan

    Memetik laporan Harian Metro, bayi sulung itu meninggal dunia ketika dilahirkan. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

    Pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

    Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang.

    Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja.

    Menerusi posting di Instagram Story, Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang.

    Menerusi hantaran sama, Marissa turut meletakkan gambar suaminya.

    MENARIK:  Fanzi Ruji Syukur ‘Berharap’ Diangkat Jadi OST Drama, Intai Peluang Tembusi Mainstream – ‘Muzik Adalah Food To My Soul’

    Sebelum ini, Marissa mengunci mulut mengenai spekulasi sedang berbadan dua seperti yang tular di media sosial.

    Marissa ketika ditemui media bagaimanapun hanya meminta doa orang ramai agar segala dakwaan yang timbul dipermudahkan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah