28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Linda Rafar Peroleh ‘Straight A’ SPM

    Shopee Sale

    Anak kepada pelakon, Linda Rafar iaitu Syed Rezaqiib Syed Kamaruzaman Al-Yahya mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Artikel Berkaitan: Linda Rafar Alami Kemurungan, Rugi Setengah Juta Ditipu Individu Bergelar Datuk – ‘Saya Makan Ubat Untuk Tenangkan Diri’

    Straight A

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Linda memuat naik momen istimewa ketika anaknya menerima slip keputusan daripada guru kelasnya, sekali gus merakam detik penuh bermakna buat mereka sekeluarga.

    MENARIK:  ‘Nak Terasa Buat Apa? Saya Memang Dah Tua’ – Norlia Ghani Tak Malu Jadi TikToker

    Lebih membanggakan, Rezaqiib turut dilaporkan memperoleh A+ bagi empat mata pelajaran, walaupun jumlah keseluruhan subjek yang diambil tidak didedahkan.

    Momen tersebut turut diraikan rakan-rakan sekolah yang memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda sokongan atas kejayaan Rezaqiib.

    Dalam satu lagi perkongsian, Linda yang tampil mengenakan jubah berwarna kelabu dilihat memeluk erat anaknya sebagai tanda syukur dan bangga atas pencapaian cemerlang yang diraih.

    Sumber: Instagram

    The post Anak Linda Rafar Peroleh ‘Straight A’ SPM first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah