25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amy Search Peka Jaga Kesihatan & Stamina Menjelang Konsert Solo Pertama ‘Amy Search Magic

    Shopee Sale



    Penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search berkongsi persiapan menjelang konsert solo pertamanya, Amy Search The Magic yang akan diadakan kurang dari dua minggu daripada sekarang.

    Konsert solo pertama

    Walaupun usianya sudah mencecah 66 tahun, Amy giat membuat persiapan bagi memastikan konsert  bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan berjalan dengan sempurna.

    Amy berkata pada usia kini dia lebih peka dalam menjaga kesihatan dan stamina supaya mampu bertahan sepanjang konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah.

    Sudah tentu di usia sekarang ini saya perlu pastikan diri kekal sihat dan bertenaga.

    Penyanyi ini umpama pemain bola kerana perlu kekalkan stamina supaya dapat berikan persembahan yang mantap.

    Untuk saya mengadakan persembahan selama dua jam setengah itu adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat berinteraksi dengan peminat selain berpeluang menyanyi bersama.

    Ia juga membawa satu kenangan terindah.

    Sementara itu, Amy meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk berdiri di pentas besar demi menghiburkan peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya.

    Setiap kali dapat menjayakan konsert saya dapat rasai satu kepuasan.

    Sebagai penghibur, saya sentiasa mahu berada di atas pentas dan menghiburkan peminat.

    Bagi saya, semakin kerap membuat persembahan, semakin banyak ilmu dan pengajaran baru yang dapat saya pelajari.

    Konsert itu sekali gus menandakan pencapaian istimewa dalam karier lebih empat dekad penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu rock malar segar ini.

    MENARIK:  #AJL39: Siapa Paling Layak Rangkul Anugerah Vokal Terbaik? Saingan 6 Penjuru Antara Hafiz, Aina, Ernie, Marsha, Nadeera & Amir

    Amy turut memaklumkan kira-kira 20 hingga 25 lagu akan dipersembahkan pada malam istimewa itu.

    Sudah tentu lagu kegemaran kalian tak perlu saya nak cakap, saya akan nyanyikan. Saya janji akan berikan persembahan yang terbaik.

    Cuma saya nak anda hadir, dan kita akan sambut Aidilfitri bersama dalam suasana yang penuh bermakna.

    Difahamkan, konsert bersejarah itu turut menampilkan pengarah konsert berpengalaman, Jennifer Thompson yang bertanggungjawab memastikan perjalanan konsert berjalan lancar selain memberi kenangan terindah buat semua yang hadir.

    Sebelum ini, Rock It Like Amy diumumkan sebagai tema konsert sekali gus menggalakkan peminat untuk mengenakan gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock n’ roll.

    Orang ramai boleh daptkan tiket konsert menerusi platform http://www.wowtix.com.my dan harga bermula dari RM188 hingga RM788.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah