Hantaran terbaharu di Instagram Story milik penyanyi dan pelakon, Amira Othman mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi semula potongan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Tak Melatah Busana Raya Disamakan Dengan Terung – ‘Fesyen Itu Subjektif’
Khutbah Rasullah

Perkongsian tersebut memaparkan pesanan penuh makna daripada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang mengingatkan umat Islam agar sentiasa menjaga tutur kata dan perbuatan terhadap orang lain.
Jangan lukai orang lain seperti orang lain melukaimu, ingat kamu akan bertemu Allah dan kamu akan mempertanggungjawabkan amalanmu dengan sebaik-baiknya.
Meskipun tidak menulis sebarang kapsyen tambahan, perkongsian Amira itu seolah-olah membawa mesej tersirat yang menyentuh soal keinsafan serta tanggungjawab setiap individu terhadap setiap perbuatan dilakukan.
Tidak menunggu lama, hantaran tersebut kemudiannya dikongsikan semula oleh peminat yang turut meninggalkan kata-kata semangat buat pelantun lagu Hati-Hati itu.
Rata-rata warganet dilihat seakan memahami situasi yang sedang dilalui isteri kepada aktor Fattah Amin berkenaan, susulan kecaman yang diterimanya baru-baru ini berhubung isu busana raya yang digayakan.
Terdahulu, penampilan Amira ketika memperagakan baju raya menerima pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk komen-komen negatif yang mengundang perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.
Amira dalam satu temu bual menegaskan dia tidak mudah terkesan dengan kecaman walaupun busana raya yang digayakannya baru-baru ini disamakan dengan terung.
Bagi saya, komen dan kritikan itu perkara biasa. Saya pergi majlis atau program usrah pun boleh jadi isu, apatah lagi kalau ada sedikit kekhilafan. Fesyen ini subjektif. Ada yang nampak cantik, ada yang sebaliknya.
Sama seperti makanan, ada yang kata sedap, ada pula yang kata tidak. Kita memang tidak boleh puaskan hati semua orang.
Bagaimanapun, ramai peminat tampil mempertahankan Amira dan mendoakan agar dia terus kuat serta tabah dalam menghadapi ujian.
Sumber: Instagram
The post Amira Othman Kongsi Khutbah Rasullah – ‘Jangan Lukai Orang Lain Seperti Orang Lain Melukaimu’ first appeared on OHBULAN!.





