Pelakon, Amir Ahnaf tampil menjelaskan hubungan rapatnya dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha selepas keserasian mereka sering menjadi perhatian peminat sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Dah Buang 12 Ekor Saka Dalam Badan, Mudah Benci Orang Ketika ‘Ditumpang’
Hanya kawan

Amir, 26 berkata, hubungan yang terjalin antara mereka tidak lebih daripada sekadar sahabat baik dan mengakui Daiyan merupakan individu yang mudah didekati selain memiliki personaliti ceria sehingga disenangi ramai orang.
Saya memang senang berkawan dengan Daiyan sebab dia seorang yang positif dan dan ceria. Saya rasa orang lain pun mudah selesa dengan dia.
Namun, terus terang saya cakap, saya tak pernah fikir hubungan kami lebih daripada kawan.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Tarung: Unforgiven yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Dalam pada itu, anak kelahiran Terengganu itu mengakui Daiyan memiliki ciri-ciri wanita yang disukainya. Bagaimanapun, Amir menegaskan perkara tersebut bukan bermaksud mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.
Kalau nak kata dia menepati ciri wanita idaman saya, memang betul ada. Tapi setakat itu sahaja. Buat masa ini, saya rasa lebih baik kami kekal sebagai kawan sebab saya selesa dengan hubungan kami sekarang.
Sebelum ini, video Amir bersama Daiyan yang memaparkan mereka menghasilkan mentega sambil berlari tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.
Selain Amir, Tarung: Unforgiven turut menampilkan Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palare, Zul Ariffin, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.
The post Amir Ahnaf Selesa Kawan Dengan Daiyan Trisha – ‘Dia Menepati Ciri Wanita Idaman Saya’ first appeared on OHBULAN!.





