27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amelia Henderson Bangga Dengan Jenama Lokal – ‘Saya Anak Malaysia, Sudah Tentu Akan Sokong’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson tetap bangga untuk menggunakan barangan lokal meskipun dirinya sering menjadi pilihan jenama antarabangsa.

    Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Kagum Dengan Semangat ‘The Helmis’, Beri Inspirasi Kepada Ramai Orang – ‘Doa & Ingatan Kami Bersama Mereka’

    Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Segan Dilabel ‘Beauty With Brain’, Akui Diri Masih Tak Sempurna

    Barangan lokal

    View this post on Instagram

    A post shared by 𝕬𝕸𝕰𝕷𝕴𝕬 (@ameliath)

    Menurut Amelia atau nama lengkapnya Amelia Thripura Henderson, 30, kualiti barangan yang dihasilkan oleh jenama di negara ini sangat baik selain mempunyai sentuhan istimewa daripada anak tempatan yang dekat dihatinya.

    Saya ialah anak Malaysia, jadi saya akan sokong jenama buatan Malaysia.

    Semudah itu. 

    Jelas aktres jelita itu lagi, barangan tempatan mempunyai inovasi tersendiri yang dilihat mampu untuk menandingi jenama terkenal dari luar negara.

    Bila bercakap tentang jenama tempatan, saya sukakan inovasi mereka. 

    Setiap kali mereka keluarkan koleksi baharu, kita oleh lihat inovasi dalam setiap rekaan. 

    Semangat patriotisma

    Sementara itu, pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga tersebut turut berbesar hati apabila dirinya dipilih sebagai hos untuk mengendalikan pertunjukan fesyen Dr Cardin yang bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini.

    Konsep bagi cara ini sangat kena dengan tema tempatan iaitu negara kita Malaysia, sekaligus menaikkan semangat patriotisma kita.  

    Saya sukakan rekaan kasut sneakers terbaru daripada Dr Cardin ini kerana sangat-sangat selesa dipakai. Bayangkan saya jadi hos untuk acara ini selama lebih tiga jam.

    Saya perlu bergerak ke sana sini. Kalau tak ada kasut yang selesa pasti akan merosakkan ‘mood’ nak bekerja.

    Kalau untuk beg pula, saya gemarkan beg yang kecil dan comel. Jadi pilihan saya adalah Dome Bag.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee, yang mengambil alih perniagaan keluarganya berkata, dia mahu menampilkan identiti moden dalam koleksi terbaharu ini namun tetap mengekalkan kualiti jenama sejak dari dahulu.

    Biarpun sejak tahun lalu Dr Cardin menjenamakan semula rekaan kami kepada rekaan yang lebih terkini pengikut peredaran fesyen semasa, tetapi kami juga ingin menerapkan nilai autentik Dr Cardin yang telah wujud sejak lebih 35 tahun lalu.

    Ketika disoal tentang konsep Kedai Runcit untuk acara ini, Chral Yee berkata, dia mahu mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya.

    Disebabkan itu dalam koleksi terbaru yang kami lancarkan hari ni, kami mengeluarkan koleksi The Origin Heritage Sneakers Denim Series yang hadir dengan syiling yang diselitkan bersama.

    Syiling RM1 sudah tiada lagi, jadi kami tampil dengan idea ini untuk mengembalikan semula nostalgia zaman kanak-kanak dimana kita selalu menggunakan syiling RM1 bila ke kedai runcit.

    Turut dilancarkan pada acara itu adalah kasut Drift Ballet Sneakers yang bersifat uniseks selain dua koleksi beg baharu iaitu Era Bag dan Dome Bag.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri – ‘Saya Harap Dapat Membuka Mata Yang Lain’

    Bagi koleksi ini, Dr Cardin turut menampilkan selebriti Nadhir Nasar dan Bella Astillah sebagai bintang utama selain kehadiran ahli politik, YB Syed Saddiq turut menyerikan lagi acara tersebut.

    The post Amelia Henderson Bangga Dengan Jenama Lokal – ‘Saya Anak Malaysia, Sudah Tentu Akan Sokong’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah