Kumpulan meningkat naik, Alpha yang dianggotai tujuh jejaka berbakat menjadikan komunikasi terbuka sebagai tunjang utama dalam mengekalkan keharmonian dan keserasian sesama mereka.
Artikel Berkaitan: ALPHA Terus Cipta Fenomena, Lancar MV Lagu ‘P Ramlee Saloma’
Saling memahami

Alpha yang dibarisi Ariel Fesol, Izat Ibrahim, Daniel Sher, Rizal Rasid, Afiq Sky, Ray-D dan Araff mengakui jika timbul salah faham atau perbezaan pendapat, mereka akan segera berbincang bagi mengelakkan sebarang ketegangan.
Menurut Ariel Fesol, kesefahaman dan ‘chemistry’ antara anggota terbina hasil sikap saling memberi dan menerima yang diamalkan sejak awal pembentukan Alpha.
Kesefahaman itu datang bila kami dah biasa bekerja dalam kumpulan. Dari awal lagi kami dilatih untuk saling memahami, jadi bila digandingkan bersama, kami tak pernah ada isu besar pun.
Walaupun ada yang lebih muda, saya lihat semua anggota sangat matang dan sama-sama kejar impian yang sama. Jadi kami kena bersatu.
Bagi Rizal Rasid, pengalaman bersama Alpha banyak mengajarnya tentang nilai toleransi dan menghormati perbezaan.
Kami belajar untuk terima kekurangan masing-masing sebab matlamat kami tetap sama. Tak kira apa isu yang timbul, kami akan selesaikan secara baik dan terus fokus pada misi utama.
Sementara itu, Daniel Sher turut menegaskan pentingnya sikap terbuka dalam setiap keputusan kumpulan.
Kalau ada pendapat yang berbeza, kita akan berbincang dan bercakap terus terang sebab matlamat kami tetap satu,
Dalam pada itu, Izat Ibrahim mengakui mereka bertujuh masih dalam proses mengenali dengan lebih dekat memandangkan semua datang daripada latar belakang berbeza.
Sekarang baru empat bulan, jadi masih banyak ruang untuk kita semua perbaiki diri dan saling mengenali dengan lebih mendalam. Alpha dulu bermula sebagai pesaing, tapi kini kita bersatu sebagai satu kumpulan.
Jadi, proses untuk saling memahami itu masih berterusan, belajar cara nak pujuk, cara nak faham antara satu sama lain. Kita masih belajar dan akan terus belajar.
Dalam perkembangan lain, Alpha akan terbang ke Korea Selatan pada November ini bagi menjalani latihan insentif dan mengumpul ilmu baharu sebagai boy band profesional.
Selain itu, Alpha turut tampil dengan single terbaharu berjudul Bujang iaitu versi rakaman semula daripada nyanyian asal Hael Husaini. Lagu tersebut juga dipilih sebagai runut bunyi (OST) untuk drama bersiri terbaharu di platform Viu berjudul Satu, Dua… Dia?
The post Alpha Tak Pernah Gaduh Besar Sepanjang Empat Bulan Bersama, Utamakan Toleransi & Saling Pujuk-Memujuk first appeared on OHBULAN!.





