31.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Allan Andersn Angkat Tema Perasaan Diabaikan Dalam ‘Seakan Ku Tak Ada’ – ‘Cinta Buat Kita Merasa, Bukan Sebaliknya’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan penulis lagu asal Indonesia yang kini mengembangkan kerjaya muziknya di Malaysia, Allan Andersn kembali dengan single terbaharu berjudul Seakan Ku Tak Ada.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nyatakan Justice For Zara Kalau Kamu Sendiri Pembuli’ – Allan Andersn

    Kisah teman rapat

    Lagu tersebut merupakan sebahagian daripada album studio Allan berjudul ‘dear aa’ yang mengangkat tema tentang perasaan diabaikan dalam sebuah hubungan.

    Seakan Ku Tak Ada terinspirasi daripada kisah seorang teman rapat yang sering berkongsi cerita mengenai hubungannya. 

    Dari situ, saya mula membayangkan bagaimana rasanya mencintai seseorang, tetapi terasa seperti tidak pernah benar-benar dianggap. Perasaan itulah yang saya jelmakan dalam lagu ini.

    Allan berkata demikian ketika ditemui di sidang media lagu Seakan Ku Tak Ada yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Menurut Allan, mesej utama lagu ini sangat jelas iaitu setiap insan layak dihargai dan tidak sepatutnya merasa terpinggir dalam perhubungan.

    Cinta seharusnya membuat kita merasa ada, bukan sebaliknya. Saya harap lagu ini mampu menjadi penguat semangat untuk sesiapa yang pernah merasakan diri mereka diabaikan oleh insan tersayang.

    Album ‘dear aa’

    Berkongsi mengenai albumnya, Allan menyifatkan ‘dear aa’ sebagai sebuah karya yang sangat peribadi, ibarat surat terbuka dan jurnal emosi dirinya.

    Judulnya sendiri diambil daripada huruf awal nama saya, tetapi ia sebenarnya sebuah surat terbuka untuk diri saya sendiri dan juga orang-orang yang pernah hadir serta membentuk perjalanan hidup saya. 

    Setiap lagu dalam album ini merakamkan pelbagai emosi, luka, harapan, penyesalan dan penerimaan.

    Tidak mahu sekadar hadir sekejap di Malaysia, Allan menyimpan harapan besar agar karyanya diterima pendengar tempatan.

    Saya ingin perlahan-lahan membina hubungan yang tulus dengan peminat di sini. 

    Harapan saya, lagu Seakan Ku Tak Ada boleh menjadi teman buat mereka yang sedang berjuang dengan perasaan tidak dihargai. 

    Pada masa sama, saya mahu terus berkarya, berkolaborasi dengan pemuzik tempatan dan memberi sumbangan positif kepada industri muzik Malaysia.

    Selain menyanyi, Allan aktif sebagai komposer dan penulis lagu. Antara karya yang dihasilkan termasuk lagu Nostalgia untuk Ernie Zakri dan single Romansa untuk Ziha Salleh. Allan juga pernah berduet dengan Famizah Razali menerusi lagu Ternyata.

    MENARIK:  Aishah Membuat Konsert Percuma, Menghiburkan Pemandu yang Terperangkap dalam Kesesakan Lalu Lintas di Depan Rumah

    Strim lagu Seakan Ku Tak Ada dan album ‘dear aa’ di semua platform penstriman digital utama.

    The post Allan Andersn Angkat Tema Perasaan Diabaikan Dalam ‘Seakan Ku Tak Ada’ – ‘Cinta Buat Kita Merasa, Bukan Sebaliknya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah