32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aishah Membuat Konsert Percuma, Menghiburkan Pemandu yang Terperangkap dalam Kesesakan Lalu Lintas di Depan Rumah

    Shopee Sale



    Penyanyi hebat, Datuk Aishah mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya menghiburkan pemandu-pemandu yang sedang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di hadapan kediaman keluarganya.

    Buat konsert ‘free’

    " data-video-id="7356798129640901906">
    @aishahjmmPulanglah???? original sound – Wan Aishah Wan Ariffin

    Menerusi video di TikTok, Aishah yang mengenakan baju kurung berona kuning cair dilihat mendendangkan lagu raya popular nyanyiannya yang bertajuk ‘Pulanglah’.

    Nyanyian Aishah yang bersahaja itu disaksikan oleh puluhan kenderaan yang sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing mahupun buat mereka yang dalam perjalanan untuk berhari raya ke rumah sanak saudara tercinta.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun dengan nyanyian Aishah yang hanya menggunakan mikrofon dan set karaoke majlis kenduri kampung.

    MENARIK:  ‘Walau Bagus Waktu Ujibakat, Belum Tentu Kau Dapat’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara Aishah yang sedikit sebanyak berjaya mengubat hati mereka yang gelisah akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

    Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan jalan raya akan bertambah sesak kerana orang ramai mahu menonton konsert ‘free’ yang dilakukan Aishah.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah