28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktif Dalam Bidang Perniagaan, Ashraf Muslim Tak Lupa Kerjaya Sebagai Pelakon – ‘Itu Jiwa Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon Ashraf Muslim kini bukan sahaja aktif dalam kerjaya lakonan, malah semakin rancak dalam dunia perniagaan. 

    Ashraf aktif bidang bisnes

    Ketika ditemui , Ashraf atau nama lengkapnya Muhd Ashraf, 44, mendedahkan penglibatannya dalam kolaborasi bersama Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj untuk jenama fesyen JeMels Atelier.

    Saya bersama Tengku Hishamuddin dalam bisnes ini. Dalam JeMels, saya nampak satu peluang bisnes untuk berkembang. 

    Design dia pastel dan lembut mata memandang. Kita tambah elemen Bunga Tanjung sebab ia bunga rasmi Selangor. Saya rasa benda ini boleh pergi lebih jauh lagi.

    Pelakon drama Dari Rahim Yang Sama turut menjelaskan bahawa kolaborasi tersebut bukan pengalaman pertamanya dalam jenama fesyen, malah pernah mempunyai koleksi Baju Melayu sendiri sebelum ini. 

    Ashraf berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran butik JeMels Atelier di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

    Selain itu, Ashraf turut berkongsi pandangannya bahawa pelakon dan individu dalam bidang seni perlu mempunyai rancangan tambahan bagi memastikan kestabilan kewangan di masa hadapan.

    Sejujurnya dalam industri seni ni, dia ada turun naik, sama macam meniaga juga. Kita tak ada EPF, SOCSO ke, potongan, tak ada. Jadi semua individu kena buat persediaan sendiri. 

    Kalau nak masa depan terjamin, dan untuk keluarga, kena fikir inisiatif-inisiatif lain. Backup plan kena ada. Bukan sahaja pelakon, yang belakang tabir, kru pun kena bersiap-sedia. Kena ada plan.

    Selain berbisnes, Ashraf tetap aktif di bidang lakonan dan penerbitan menerusi syarikat miliknya, Al Hidayah Production.

    Saya banyak fokus menerbitkan drama-drama TV dan program TV, tapi berlakon pun masih lagi. Tak tinggal terus sebab jiwa masih ada dekat situ. Jadi kita teruskan juga lah.

    Dengan lebih 15 tahun pengalaman, JeMels Atelier kini menawarkan lebih 100 rekaan kurung bercorak, termasuk mini kurung, kurung moden labuh dan pelbagai gaya lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Adik Meerqeen Dapat 9A SPM, Momen Keluarga Tunggu & ‘Check’ Keputusan Curi Tumpuan!

    Untuk Koleksi Raya 2026, jenama ini mempersembahkan 70 rekaan baharu dengan tona pastel lembut hingga warna berani, dari gaya minimal dengan renda halus hingga rekaan sarat renda mewah.

    Majlis turut dihadiri oleh barisan artis tempatan seperti Ashraf Muslim, Cat Farish, Shikin Maembong, Nelisa Nizam dan ramai lagi.

    The post Aktif Dalam Bidang Perniagaan, Ashraf Muslim Tak Lupa Kerjaya Sebagai Pelakon – ‘Itu Jiwa Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah