27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Akhirnya Kena Duduk Rumah & Jaga Makan Suami’ – Puteri Rania Buktikan Wanita Mampu Sertai Arena Sukan Tempur

    Shopee Sale

    Jaguh Muay Thai dan peninju, Puteri Rania, baru-baru ini menarik perhatian warganet selepas berkongsi pengalamannya berdepan pelbagai pandangan skeptikal yang meragui kemampuannya dalam melakukan sesuatu dalam kehidupan.

    Artikel Berkaitan: Puteri Rania & Jaden Bahtera Selamat Bertunang

    MENARIK:  [VIDEO] MK K-Clique Agih Duit Raya RM10, Netizen Doa Murah Rezeki

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atlet Tinju Indonesia Menangis Syukur, Selamat Merisik Jaguh Muay Thai Negara – ‘She Said Yes’

    Dilabel sebagai sukan lelaki

    " data-video-id="7602615320406166804" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @studiosembang

    ramai tak sabar ekkk nak dengar episode @RANIA ni? sabarrrr guys, tunggu hari khamis 10pm kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts k! #jomsembang #studiosembang #WomenInSports @KBSMalaysia

    ♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

    Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang, Rania, mendapat pandangan sebegitu ketika dia ingin melibatkan diri dalam dunia sukan tempur kerana bidang tersebut sering dilabel sebagai sukan lelaki.

    Kata Rania, ada yang mempersoalkan hala tuju hidupnya, malah tidak kurang juga yang mengatakan wanita tidak perlu serius dalam sukan sebegini kerana akhirnya hanya akan berakhir dalam menguruskan rumah tangga.

    Awal-awal itu, ramai yang cakap ‘tak payah la main sukan ini, sebab ini sesuai untuk lelaki, lagipun kalau kau nak fokus pun tak boleh ke mana sebab akhirnya kau kena duduk rumah dan jaga makan suami sahaja.’

    Ini antara kata-kata orang yang meragukan saya sebagai perempuan untuk join sukan pertarungan ini.

    Bagi Rania, pandangan sebegini yang menimbulkan keraguan terhadap keupayaannya sebagai seorang wanita dalam arena sukan tempur.

    Rasa stres & sedih

    Rania mengakui bahawa pada awalnya dia berasa tertekan dan sedih apabila membandingkan dirinya dengan adik-beradiknya yang berjaya menyertai kejohanan dan meraih pingat emas, namun kejayaan mereka menjadi pembakar semangat untuknya membawa nama negara di pentas antarabangsa juga.

    Mula-mula memang rasa stres dan sedih sebab bila tengok adik-beradik sendiri join masuk pertandingan, boleh wakil Malaysia dam dapat pingat emas, itu lagi membuatkan saya rasa macam nak bawa nama Malaysia juga.

    Bagaimanapun, komen-komen negatif yang diterimanya sedikit sebanyak membuatkan dia terdetik untuk mempercayai pandangan tersebut.

    Walau begitu, Rania memilih untuk terus melangkah ke hadapan dengan sokongan adik-beradik yang sentiasa mengingatkannya agar tidak menghiraukan pandang orang lain dan meneruskan apa yang diinginkan dalam hidup.

    Bila dapat komen-komen yang negatif sebegitu, saya ada juga rasa macam ‘mungkin ada betulnya juga apa yang mereka cakap.’

    Tapi saya teruskan juga.

    Adik-beradik saya pesan, kalau nak juga, buat sahaja. Kenapa nak dengar cakap orang lain?

    Sumber: Studio Sembang

    The post ‘Akhirnya Kena Duduk Rumah & Jaga Makan Suami’ – Puteri Rania Buktikan Wanita Mampu Sertai Arena Sukan Tempur first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah